Wednesday July 22, 2026

Membiayai pembinaan sebuah telaga air yang memberi manfaat berpanjangan kepada komuniti.
Menyumbang satu lot ke arah pembinaan telaga air bersih untuk komuniti di Bangladesh.
Menyokong usaha menyediakan akses air bersih kepada komuniti yang memerlukan di Bangladesh.
Masukkan Jumlah

Tahukah Anda?

  • Bangladesh salah sebuah negara paling ramai penduduk di Asia dan berada di tangga ke lapan di dunia.
  • 9 juta penduduk Bangladesh masih TIDAK mempunyai kemudahan sumber air bersih berdekatan rumah mereka.
  • 6 juta orang tidak mempunyai tandas sendiri di rumah.
  • Sumber air di sana kebanyakannya tercemar dengan arsenik dan batu-batuan yang keras.
  • Arsenik boleh mengakibatkan penyakit kanser hati, buah pinggang, masalah pundi kencing dan kulit serta penyakit jantung.
  • Lebih 40 peratus sumber air ini turut tercemar dengan virus e.coli.
  • 73 juta penduduk Bangladesh terpaksa menggunakan air tercemar untuk kegunaan harian kerana tiada pilihan.

Kelebihan bagi penyertaan lot wakaf untuk projek telaga air di Bangladesh: Senarai penama akan diletakkan di plat telaga yang dibina.

Kelebihan projek telaga air Islamic Relief Malaysia: Komuniti yang dibantu mendapat kursus latihan pengurusan, penjagaan dan baik pulih telaga air secara praktikal.

Mereka juga dibekalkan dengan alatan baik pulih secara percuma.

Projek telaga air di Bangladesh memberi manfaat buat penduduk kampung. Mereka tidak perlu lagi berjalan jauh untuk mendapatkan bekalan air

“Kami sekeluarga selalu jatuh sakit kerana jangkitan penyakit bawaan air. Kami terpaksa habiskan banyak duit untuk membayar kos rawatan dan ubat-ubatan. Kini, dengan adanya telaga air dari Islamic Relief, anak-anak lebih sihat dan boleh ke sekolah seperti biasa.”

Karabe Mree, Penerima Manfaat

Jangan Lepaskan Peluang Wakaf Ini

Satu Telaga = RM7,080

Satu Lot = RM590

Satu telaga terhad kepada 12 lot/penama

Sa’ad bin ‘Ubadah RA bertanya kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya ibu saya telah meninggal. Bolehkah saya bersedekah atas nama beliau? Rasulullah SAW menjawab, “boleh”. Sa’ad bertanya lagi, “sedekah apa yang paling utama, wahai Rasulullah? Baginda menjawab, “sedekah berupa air minum.”

(Hadith An-Nasa’i)

Penafian: Islamic Relief Malaysia tidak bergabung dengan mana-mana laman web luar. Islamic Relief Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap kandungan laman Internet luaran dan sebarang pautan dari laman web luar ke laman web ini yang bukan merupakan laman web Islamic Relief Malaysia. Hak cipta terpelihara. Setiap sumbangan dalam talian akan dikenakan caj sebanyak RM0.60 untuk pembayaran melalui Perbankan Internet. Setiap sumbangan tidak mendapat resit Pengecualian Cukai. Kami menghargai sokongan berterusan anda dan kami memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi.
© Copyright 2026 Islamic Relief Malaysia, Inc. All rights reserved.

QUICK DONATE