Wednesday July 22, 2026

50 lot wakaf membolehkan penduduk Somalia menikmati air bersih dengan segera.
10 lot wakaf membantu pembinaan kompleks bekalan air.
1 lot wakaf membantu usaha menyediakan air bersih di Somalia.
Masukkan Jumlah

Tahukah Anda?

  • Lebih 50% penduduk Somalia tiada akses sumber air – (UNICEF)
  • 99% peratus daripada air yang digunakan di Somalia untuk tujuan ternakan dan pertanian TETAPI sumber air yang ada tidak cukup untuk menampung keperluan itu – (UNICEF)
  • Kekurangan air menyebabkan mereka turut kekurangan makanan.
  • Wanita dan kanak-kanak perempuan di Afrika terpaksa mengorbankan hampir 200 jam setiap hari untuk mengangkut air – (UNICEF)
  • Kemarau di Somalia mengakibatkan lebih suku juta penduduk maut pada 2011.
  • 8 juta kanak-kanak kekurangan zat makanan yang teruk akibat tiada sumber air.

Di Somalia, kami membina Kompleks Bekalan Air bagi membantu meringankan beban komuniti luar bandar melalui akses kepada air bersih.

Jangan lepaskan peluang berwakaf dan tinggalkan manfaat yang berpanjangan.

1 Lot = RM100

Pembinaan Kompleks Air memberi manfaat besar buat penduduk dan pelarian di Somalia

Apa Keunikan Projek Kompleks Bekalan Air di Somalia?

  • Dilengkapi dengan tangki air & sistem solar panel
  • Haiwan juga mempunyai tempat minum air khusus, berasingan dari paip air tadahan untuk penduduk
  • Mengurangkan jarak perjalanan penduduk untuk mengambil air. Daripada lebih 10KM kepada 400M

“Susah sangat hidup dalam keadaan kemarau. Di kawasan ini tiada telaga air. Saya terpaksa jalan kaki 20KM untuk mendapatkan air.

“Sejak ada kompleks air yang dibina Islamic Relief, saya tidak perlu berjalan jauh lagi.”

Dahabo Mahmud Wa’ays, Penerima Manfaat

Sa’ad bin ‘Ubadah RA bertanya kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya ibu saya telah meninggal. Bolehkah saya bersedekah atas nama beliau? Rasulullah SAW menjawab, “boleh”. Sa’ad bertanya lagi, “sedekah apa yang paling utama, wahai Rasulullah? Baginda menjawab, “sedekah berupa air minum.”

(Hadith An-Nasa’i)

Penafian: Islamic Relief Malaysia tidak bergabung dengan mana-mana laman web luar. Islamic Relief Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap kandungan laman Internet luaran dan sebarang pautan dari laman web luar ke laman web ini yang bukan merupakan laman web Islamic Relief Malaysia. Hak cipta terpelihara. Setiap sumbangan dalam talian akan dikenakan caj sebanyak RM0.60 untuk pembayaran melalui Perbankan Internet. Setiap sumbangan tidak mendapat resit Pengecualian Cukai. Kami menghargai sokongan berterusan anda dan kami memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi.
© Copyright 2026 Islamic Relief Malaysia, Inc. All rights reserved.

QUICK DONATE