Wednesday July 22, 2026

Komitmen bulanan selama dua tahun minimum untuk menaja seorang anak yatim melalui sokongan pendidikan, makanan, perlindungan dan perubatan.
Masukkan Jumlah

Komitmen dua tahun untuk seorang anak yatim dengan sokongan menyeluruh.
Komitmen setahun bagi menyediakan sokongan berterusan buat seorang anak yatim.
Masukkan Jumlah

Berikan Harapan dan Masa Depan Lebih Cerah Buat Anak Yatim

Setiap kanak-kanak mendambakan kehidupan yang sempurna; mempunyai sebuah rumah dan keluarga yang bahagia, tempat yang selamat untuk bermain, akses kepada pendidikan yang berkualiti, penjagaan kesihatan yang baik, serta pemakanan yang mencukupi dan bernutrisi.

Namun, tahukah anda, 1 daripada 5 kanak-kanak di seluruh dunia hidup di bawah paras kemiskinan? Ibu bapa sukar untuk memenuhi keperluan asas mereka sekeluarga. Kehidupan kanak-kanak ini sangat mencabar! Saban hari, mereka terpaksa berhadapan dengan risiko penyakit dan kematian. Kebanyakan kanak-kanak ini juga buta huruf dan berisiko terlibat dalam aktiviti buruh kanak-kanak.

Disebabkan pelbagai krisis termasuk peperangan, ramai kanak-kanak yang terpaksa tinggal di kem pelarian setelah keluarga mereka terpaksa meninggalkan kediaman mereka, manakala ada antara kanak-kanak ini masih lagi tinggal di kawasan perang akibat mengalami kecederaan. Mereka ini trauma dan memerlukan sokongan psikososial daripada kita semua!

Membawa Perubahan Bermakna Kepada Anak Yatim

Islamic Relief telah menyokong anak-anak yatim dan keluarga rentan yang terjejas akibat konflik, kemiskinan serta cabaran kemanusiaan lain selama lebih 36 tahun.

Melalui Program Tajaan Anak Yatim di peringkat global, kami menyediakan sokongan jangka panjang kepada lebih 85,000 anak yatim di pelbagai negara di seluruh dunia. Sokongan ini merangkumi akses kepada pendidikan, makanan dan keperluan asas keluarga, rawatan kesihatan, tempat tinggal serta bantuan lain berdasarkan keperluan setiap anak dan keluarga mereka.

Tahun ini, melalui MyYateem Sponsorship, Islamic Relief Malaysia menyasarkan untuk memastikan 5,000 anak yatim di lebih 10 negara menerima tajaan dan sokongan berterusan. Ini termasuk anak-anak yatim di Palestin, Jordan (pelarian Palestin), Somalia dan Sudan, serta negara-negara lain yang berdepan kemiskinan, konflik dan krisis kemanusiaan.

Dengan sumbangan RM350 sebulan selama minimum dua tahun, anda dapat membantu menyediakan sokongan penting kepada anak-anak yatim melalui:

Makanan dan keperluan asas
Pendidikan dan pembangunan masa depan
Perlindungan dan sokongan keluarga
Penjagaan kesihatan

Bantuan MyYateem Sponsorship

Melalui MyYateem Sponsorship, setiap anak yatim yang ditaja menerima bantuan kewangan bulanan yang membantu mereka dan keluarga memenuhi keperluan pendidikan, termasuk membayar yuran persekolahan serta membeli buku dan bahan pembelajaran.

Dana tajaan ini turut digunakan bagi menampung keperluan asas seperti makanan, pakaian dan barangan harian, selain membantu mendapatkan rawatan kesihatan, memperbaiki keadaan tempat tinggal serta menyediakan makanan tambahan seperti vitamin dan suplemen mengikut keperluan.

Sepanjang 2025, seramai 125 anak yatim menerima tajaan melalui MyYateem Sponsorship di 19 negara, termasuk Palestin, Somalia, Sudan, Syria, Yaman, Jordan, Afghanistan, dan Indonesia manakala pada tahun 2026, seramai 127 anak yatim sedang menerima tajaan dan sokongan.

Sokongan anda bukan sahaja membantu memenuhi keperluan harian mereka, malah memberi peluang kepada anak-anak yatim ini untuk terus belajar, membesar dengan lebih yakin dan membina masa depan yang lebih cerah.

Bersama-sama, kita dapat menghulurkan kasih sayang, harapan dan peluang kepada anak-anak yatim yang memerlukan.

Untuk pertanyaan mengenai MyYateem Sponsorship, hubungi Sis Ira di talian +6013-261 7488.

Sabda Nabi SAW: “Aku dan orang yang menjaga anak yatim seperti ini di dalam syurga. Baginda SAW mengisyaratkan dengan merapatkan dua jari baginda SAW iaitu jari telunjuk dan jari tengah.”

(Hadis Riwayat At-Tarmizi)

Penafian: Islamic Relief Malaysia tidak bergabung dengan mana-mana laman web luar. Islamic Relief Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap kandungan laman Internet luaran dan sebarang pautan dari laman web luar ke laman web ini yang bukan merupakan laman web Islamic Relief Malaysia. Hak cipta terpelihara. Setiap sumbangan dalam talian akan dikenakan caj sebanyak RM0.60 untuk pembayaran melalui Perbankan Internet. Setiap sumbangan tidak mendapat resit Pengecualian Cukai. Kami menghargai sokongan berterusan anda dan kami memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi.
© Copyright 2026 Islamic Relief Malaysia, Inc. All rights reserved.

QUICK DONATE