Tunaikan Zakat, Sebarkan Manfaat

Zakat merupakan salah satu bentuk ibadah yang menyucikan harta serta membantu golongan yang memerlukan. Melalui kerjasama bersama Lembaga Zakat Selangor (LZS), Islamic Relief Malaysia memudahkan anda menunaikan zakat dengan lebih mudah, selamat dan dipercayai.

Sebagai Ejen Kutipan Zakat LZS, kami komited untuk membantu masyarakat melaksanakan tanggungjawab zakat serta menyokong usaha memperkasa kehidupan golongan asnaf melalui bantuan yang berterusan.

Tunaikan zakat anda hari ini dan bersama-sama kita menyumbang kepada perubahan yang bermakna.

Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Surah At-Taubah (ayat 103)

Kenapa Bayar Zakat LZS Melalui Islamic Relief Malaysia?

  • Disalurkan melalui saluran rasmi LZS & patuh syariah
  • Membantu golongan asnaf dan mereka yang memerlukan
  • Menyokong kesinambungan aktiviti kemanusiaan Islamic Relief

Bagaimana Membayar Zakat LZS Melalui Islamic Relief Malaysia?

Islamic Relief Malaysia merupakan amil bertauliah bagi Lembaga Zakat Selangor sejak tahun 2018. Kami telah membantu ramai penyumbang diluar sana untuk membayar zakat dengan cara yang sangat mudah dan cepat disamping turut memberi khidmat rundingan untuk pengiraan zakat.

Islamic Relief Malaysia menerima pembayaran Zakat Harta dan Zakat Fitrah.

Bayar zakat, gandakan pahala, sebarkan kebaikan. Hubungi kami sekarang!

Penafian: Islamic Relief Malaysia tidak bergabung dengan mana-mana laman web luar. Islamic Relief Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap kandungan laman Internet luaran dan sebarang pautan dari laman web luar ke laman web ini yang bukan merupakan laman web Islamic Relief Malaysia. Hak cipta terpelihara. Setiap sumbangan dalam talian akan dikenakan caj sebanyak RM0.60 untuk pembayaran melalui Perbankan Internet. Setiap sumbangan tidak mendapat resit Pengecualian Cukai. Kami menghargai sokongan berterusan anda dan kami memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi.
© Copyright 2026 Islamic Relief Malaysia, Inc. All rights reserved.

QUICK DONATE