Sunday July 19, 2026

Anda boleh membantu membawa perubahan yang lebih besar buat komuniti.
Anda boleh meringankan beban sebuah keluarga.
Anda boleh menjadi sebab seseorang menikmati makanan hari ini.
Masukkan Jumlah

Setiap hari, jutaan manusia di seluruh dunia bergelut dengan isu kelaparan, kemiskinan dan kehilangan tempat tinggal.

Peperangan telah maragut ribuan nyawa, menghancurkan harapan dan memadam impian manakala bencana alam pula memisahkan ahli keluarga, meranapkan tempat berteduh, dan mengakibatkan kemusnahan harta benda.

Di sebalik tragedi itu, ada wajah-wajah yang sedang bergelut dan berjuang meneruskan kehidupan. Ada anak kecil yang tidur dalam kelaparan, ada ayah yang mempertaruhkan nyawa demi secebis makanan, dan ada ibu yang terpaksa memendam emosi dan berlagak kuat demi keluarga.

Ketika mereka amat memerlukan…di mana kita?

Salurkan Sumbangan Anda Melalui mySedekah

MySedekah merupakan salah satu projek penjanaan dana terbesar yang dianjurkan oleh Islamic Relief Malaysia bertujuan untuk mengagihkan bantuan kecemasan dan Pembangunan di dalam dan luar negara.

Antara sektor bantuan utama MySedekah ialah Kecemasan, Kehidupan Mampan, Pendidikan, Kesihatan, serta Makanan & Nutrisi.

Kakitangan Islamic Relief mengagihkan bantuan kecemasan kepada penduduk terjejas banjir di Bangladesh

 

Ke Mana Dana MySedekah Disalurkan?

MySedekah memberi keanjalan kepada Islamic Relief Malaysia untuk menentukan penyaluran dana sumbangan mengikut keperluan dan keutamaan program bantuan dan situasi semasa.

Selain Malaysia, agihan bantuan MySedekah akan disalurkan ke negara-negara yang mempunyai operasi Islamic Relief seperti Syria, Sudan, Mali, Indonesia, Bosnia & Herzegovina dan lain-lain.

 

Antara Projek yang Dilaksanakan Melalui MySedakah

 

Siapa Penerima Bantuan MySedekah?

Para penerima dikenalpasti dan dipilih melalui proses lawatan dan penilaian > rumusan penilaian dan pemilihan > pelaksanaan dan pemantauan. 

MySedekah dilaksanakan berpandukan prinsip nilai-nilai Islam yang dipegang oleh Islamic Relief serta mematuhi syariah dan melalui proses audit yang ketat oleh juruaudit dalaman dan professional.

MySedekah disalurkan kepada penerima yang memerlukan tanpa mengira agama, bangsa, dan warna kulit.

Dengan dana ini, Islamic Relief Malaysia mampu melaksanakan pelbagai program bantuan termasuk:

✅ Menyalurkan bantuan kecemasan semasa bencana

✅ Membantu komuniti bangkit dan membina semula kehidupan

✅ Membawa pendidikan kepada anak-anak yang terpinggir

✅ Menyediakan penjagaan kesihatan kepada mereka yang terabai

✅ Memberi makanan kepada keluarga yang kelaparan

Sabda Nabi Muhammad SAW:

“Siapa yang membebaskan seseorang dari kesusahan dunia maka Allah akan melepaskannya dari kesusahan hari kiamat. Siapa yang memudahkan orang yang dalam kesusahan maka Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat.”

(Riwayat Muslim)

Ketika kita leka mengambil masa untuk membantu…
mereka telah pun kehabisan waktu.

Penafian: Islamic Relief Malaysia tidak bergabung dengan mana-mana laman web luar. Islamic Relief Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap kandungan laman Internet luaran dan sebarang pautan dari laman web luar ke laman web ini yang bukan merupakan laman web Islamic Relief Malaysia. Hak cipta terpelihara. Setiap sumbangan dalam talian akan dikenakan caj sebanyak RM0.60 untuk pembayaran melalui Perbankan Internet. Setiap sumbangan tidak mendapat resit Pengecualian Cukai. Kami menghargai sokongan berterusan anda dan kami memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi.
© Copyright 2026 Islamic Relief Malaysia, Inc. All rights reserved.

QUICK DONATE