Monday July 20, 2026

Menaja seorang anak yatim dengan komitmen bulanan RM350 selama 2 tahun minimum.
Menyediakan bantuan berterusan untuk keperluan anak-anak yatim.
Menyokong keperluan asas, pendidikan dan kebajikan anak-anak yatim.
Masukkan Jumlah

Cinta dan Harapan

Setiap anak yatim berhak menikmati kehidupan yang sempurna. Di Islamic Relief, kami sentiasa memberi sokongan kepada anak-anak yatim dan keluarga mereka yang terjejas akibat peperangan, bencana alam, kemiskinan dan penyakit kronik.

Melalui kempen MyYateem #CareForOrphan, Islamic Relief Malaysia ingin memastikan 5,000 anak yatim di lebih 10 negara, termasuk Palestin, Jordan (Pelarian Palestin), Somalia dan Sudan, mendapat sokongan dan tajaan demi masa depan mereka yang lebih cerah.

Bagaimana Islamic Relief membantu anak-anak kecil ini?

Berkat sokongan anda, kakitangan kami di seluruh dunia dapat membantu anak yatim dan kanak-kanak miskin menikmati kehidupan yang lebih baik.

Di Mali, kami telah berjaya membantu kanak-kanak di kawasan luar bandar di Mali mendapat akses pendidikan, manakala kanak-kanak di Yaman dan Palestin pula berpeluang melanjutkan pengajikan ke peringkat lebih tinggi.

Sokongan Islamic Relief mengubah kehidupan anak yatim

Bersama kita bina masa depan cerah untuk anak yatim

Islamic Relief amat menekankan bantuan jangka masa panjang kepada kanak-kanak yang dibantu, penjaga dan komuniti setempat bagi mengurangkan isu kemiskinan dan diskriminasi dari terus berleluasa.

Islam juga sangat menitikberatkan hal penjagaan anak yatim kerana mereka bukan sahaja memerlukan perhatian, tetapi juga perlindungan daripada kita. Jadi, kami ingin mengajak anda semua untuk sama-sama kita menyantuni anak yatim sepertimana yang disebutkan di dalam al-Quran serta dianjurkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Dengan menyumbang menerusi kempen MyYateem #CareForOrphan, anda boleh memberikan kanak-kanak ini harapan untuk melakar masa depan yang lebih baik menerusi sokongan dari sudut keperluan fizikal, emosi dan psikologi mereka.

Setakat ini, Islamic Relief global telah menaja lebih daripada 85,000 orang anak yatim melalui projek penajaan dengan menyediakan makanan, tempat tinggal, penjagaan kesihatan dan pendidikan serta membantu lebih 200,000 orang anak yatim di 26 buah negara melalui pelbagai projek bantuan.

Berikan kebahagiaan dan keceriaan di wajah anak-anak kecil ini dengan sumbangan anda. Jom menyumbang sekarang!

Bagaimana anda boleh membantu?

MyYateem Care

Sumbangan serendah RM10 bagi memperbaiki kualiti kehidupan anak-anak yatim dan keluarga mereka dengan memberi sokongan pendidikan, penjagaan kesihatan, dan makanan yang mencukupi dan bernutrisi.

MyYateem Sponsorship

Dengan komitmen RM350 sebulan selama minimum dua tahun, anda berpeluang menaja seorang anak yatim serta menyokong keperluan mereka merangkumi pendidikan, makanan, perlindungan dan penjagaan perubatan.

Sabda Nabi SAW: “Aku dan orang yang menjaga anak yatim seperti ini di dalam syurga. Baginda SAW mengisyaratkan dengan merapatkan dua jari baginda SAW iaitu jari telunjuk dan jari tengah.”

(Hadis Riwayat At-Tarmizi)

Penafian: Islamic Relief Malaysia tidak bergabung dengan mana-mana laman web luar. Islamic Relief Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap kandungan laman Internet luaran dan sebarang pautan dari laman web luar ke laman web ini yang bukan merupakan laman web Islamic Relief Malaysia. Hak cipta terpelihara. Setiap sumbangan dalam talian akan dikenakan caj sebanyak RM0.60 untuk pembayaran melalui Perbankan Internet. Setiap sumbangan tidak mendapat resit Pengecualian Cukai. Kami menghargai sokongan berterusan anda dan kami memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi.
© Copyright 2026 Islamic Relief Malaysia, Inc. All rights reserved.

QUICK DONATE