Browse the site and make a Donation Now!
Projek Cup of Hope merupakah inisiatif yang terhasil dari kerjasama antara Islamic Relief Malaysia dan HWC COFFEE dalam usaha untuk membawa harapan baru kepada komuniti memerlukan di Malaysia.
Mengambil inspirasi daripada trend masyarakat masa kini yang cenderung menjadi penggemar kopi, inisiatif ini dilihat mampu menarik minat orang ramai untuk sama-sama terlibat dalam aktiviti kebajikan serta memudahkan orang ramai untuk menyumbang dengan mudah.
Dalam setiap cawan yang anda nikmati, kami ingin anda rasai pengalaman berkongsi rezeki dengan membantu komuniti memerlukan serta membawa perubahan positif dalam kehidupan mereka.
Kolaborasi ini akan membawa inspirasi kepada kita untuk mencipta seribu harapan baru dalam kehidupan mereka yang dibantu.
Setiap pembelian membolehkan anda menyokong kerja kebajikan dan usaha kemanusiaan yang dijalankan oleh Islamic Relief Malaysia. Bersama, kita dapat membuat perubahan positif sambil menikmati secawan kopi yang enak.
Cara untuk menyumbang:
Dapatkan diskaun promosi melalui aplikasi HWC COFFEE: Muat Turun Sekarang!
Jom menyumbang ke projek Cup Of Hope sekarang!
Setiap sumbangan yang anda hulurkan dapat membawa perubahan besar dalam kehidupan mereka yang memerlukan.