Wednesday July 22, 2026

Menyediakan bantuan menyeluruh untuk kesejahteraan dan masa depan anak-anak yatim.
Menyumbang kepada keperluan pendidikan, makanan dan sokongan harian anak-anak yatim.
Menyediakan keperluan asas dan kebajikan anak-anak yatim.
Masukkan Jumlah

Bantu Anak Yatim Bina Masa Depan yang Lebih Cerah

Isu anak yatim merupakan cabaran global yang memberi kesan kepada jutaan kanak-kanak di seluruh dunia tanpa mengira bangsa, agama atau negara. Anak-anak yatim ini menghadapi kesukaran membesar tanpa kasih sayang dan sokongan daripada keluarga.

Banyak halangan dan cabaran dalam memenuhi keperluan anak-anak yatim termasuklah menyediakan keperluan asas seperti makanan, air bersih dan tempat tinggal. Kebanyakan mereka juga tidak mendapat akses pendidikan yang baik, terdedah kepada isu buruh kanak-kanak, perkahwinan secara paksa, pemerdagangan manusia, kekurangan sokongan masyarakat, serta kehilangan harta benda.

Setiap hari, kanak-kanak terabai akibat kemiskinan dan menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, dianggarkan 800,000 orang setiap tahun membunuh diri, dengan lebih daripada 75 peratus daripada mereka tinggal di negara berpendapatan rendah atau sederhana.

Islamic Relief Laksana Pelbagai Program Kebajikan

Melalui pelbagai program dan aktiviti yang dilaksanakan oleh Islamic Relief sejak tahun 1986, anak-anak yatim ini telah menerima sokongan dan penjagaan bagi membantu mereka menjalani kehidupan yang lebih baik. Islamic Relief sentiasa berusaha untuk menyediakan masa depan yang lebih baik buat anak-anak yatim di seluruh dunia. Mereka berhak menikmati kehidupan yang penuh dengan kegembiraan dan kebahagiaan.

Di Islamic Relief Malaysia, kami komited untuk membawa perubahan dalam kehidupan anak-anak yatim. Melalui MyYateem Care, kami menyalurkan sokongan kepada anak-anak yatim di lebih 25 negara, termasuk bantuan makanan, pendidikan, rawatan perubatan serta sokongan kepada keluarga mereka. Kami berusaha memastikan setiap anak yatim menerima penjagaan dan peluang yang diperlukan untuk membesar, berkembang dan mencapai potensi mereka.

Tahun ini, Islamic Relief Malaysia akan meneruskan sokongan MyYateem Care di lebih 10 negara, termasuk Palestin, Jordan (pelarian Palestin), Somalia dan Sudan. Dengan sokongan berterusan daripada para penyumbang, kami berhasrat memastikan anak-anak yatim menerima penjagaan dan sokongan yang mereka perlukan untuk menghadapi cabaran serta melangkah ke arah masa depan yang lebih cerah.

Setiap sumbangan, sama ada besar atau kecil, memainkan peranan penting dalam mengubah kehidupan anak-anak yatim. Sumbangan anda dapat membantu menyediakan pendidikan, rawatan perubatan, tempat tinggal serta persekitaran yang lebih selamat dan menyokong untuk anak-anak yang memerlukan ini.

Bantuan MyYateem Care

Bermula 2025 hingga 2026, IR Malaysia telah membantu 8 keluarga di Somalia, Bangladesh dan Turkiye (pelarian Syria) menerusi projek Family Sponsorship dengan memberikan beberapa bantuan antaranya makanan, pendidikan, kesihatan, bayaran sewa rumah dan keperluan harian mengikut keadaan keluarga.

Selain projek tersebut, 18 anak yatim di Gaza, Palestin turut menerima sokongan khas daripada IR Malaysia termasuk bantuan kerusi roda, rawatan perubatan, kos pembedahan, makanan dan yuran pengajian.

Harapan Kultuun Sekeluarga Kembali Bersinar

Kaltuun, seorang ibu kepada enam orang anak yang tinggal di Hargeisa, Somalia, terpaksa meneruskan kehidupan selepas kehilangan suami dalam satu kemalangan jalan raya ketika beliau bekerja sebagai buruh binaan. Kehilangan ketua keluarga menyebabkan Kaltuun dan anak-anaknya berdepan pelbagai cabaran untuk meneruskan kehidupan, termasuk memenuhi keperluan asas serta memastikan anak-anak terus mendapat pendidikan.

Melalui sumbangan rakyat Malaysia menerusi Islamic Relief Malaysia, Kaltuun telah dipilih sebagai penerima Program Tajaan Keluarga, salah satu inisiatif yang disokong menerusi Kasih MyYateem. Bantuan yang diterima telah membawa perubahan besar kepada kehidupan mereka.

Dengan sumbangan yang disalurkan, Kaltuun kini mampu membeli makanan, pakaian dan keperluan persekolahan untuk anak-anaknya. Lima daripada enam orang anaknya juga dapat kembali bersekolah dengan lebih konsisten, lengkap dengan pakaian seragam dan bahan pembelajaran yang diperlukan.

Selain itu, bantuan tersebut membolehkan beliau membeli sebuah tangki simpanan air berkapasiti lima tong, serta dapat melengkapkan rumah dengan tilam, bantal, peralatan memasak, pakaian dan kasut untuk seisi keluarga.

Lebih menggembirakan, sokongan masyarakat setempat turut membantu keluarga Kurtuun dengan membina dua bilik serta sebuah beranda berbumbung zink sekali gus menyediakan tempat tinggal yang lebih selamat dan selesa untuk keluarga ini.

Hari ini, anak-anak Kaltuun dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran dan menikmati kehidupan yang lebih stabil. Kisah mereka membuktikan bahawa setiap sumbangan melalui Kasih MyYateem mampu memberi harapan baharu kepada keluarga yang kehilangan tempat bergantung serta membantu anak-anak yatim membina masa depan yang lebih cerah.

Kultuun bersama anak-anaknya. Program Tajaan Keluarga di bawah projek Kasih MyYateem banyak mengubah kehidupan Kultuun sekeluarga.

Setiap Sumbangan Membawa Harapan

Setiap sumbangan yang anda hulurkan, sama ada besar atau kecil, mampu membawa perubahan bermakna dalam kehidupan seorang anak yatim. Ia membantu memastikan mereka mendapat akses kepada pendidikan, penjagaan kesihatan, makanan yang mencukupi serta sokongan yang diperlukan untuk membesar dengan lebih yakin dan bermaruah.

Bersama Kasih MyYateem, marilah kita menghulurkan kasih sayang dan harapan kepada anak-anak yatim agar mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih baik dan membina masa depan yang lebih cerah. Insya-Allah.

Sabda Nabi SAW: “Aku dan orang yang menjaga anak yatim seperti ini di dalam syurga. Baginda SAW mengisyaratkan dengan merapatkan dua jari baginda SAW iaitu jari telunjuk dan jari tengah.”

(Hadis Riwayat At-Tarmizi)

Penafian: Islamic Relief Malaysia tidak bergabung dengan mana-mana laman web luar. Islamic Relief Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap kandungan laman Internet luaran dan sebarang pautan dari laman web luar ke laman web ini yang bukan merupakan laman web Islamic Relief Malaysia. Hak cipta terpelihara. Setiap sumbangan dalam talian akan dikenakan caj sebanyak RM0.60 untuk pembayaran melalui Perbankan Internet. Setiap sumbangan tidak mendapat resit Pengecualian Cukai. Kami menghargai sokongan berterusan anda dan kami memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi.
© Copyright 2026 Islamic Relief Malaysia, Inc. All rights reserved.

QUICK DONATE