Browse the site and make a Donation Now!
Keprihatinan segenap lapisan masyarakat di Malaysia terbukti apabila mereka sentiasa tampil memberi bantuan dan sokongan terutama kepada saudara yang terjejas akibat konflik berpanjangan terutama di Palestin. Islamic Relief Malaysia selaku sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dan merupakan sebahagian daripada rangkaian global Islamic Relief, antara NGO yang aktif dalam usaha menyampaikan bantuan kemanusiaan di negara-negara yang sedang bergolak mahupun yang terkesan akibat bencana alam.
Sejak penubuhan Islamic Relief pada tahun 1984 di Birmingham, operasinya telah berkembang di lebih 45 buah negara termasuk di dalam Palestin. Usaha kemanusiaan Islamic Relief di Palestin telah bermula sejak tahun 1994 dengan penubuhan pejabat Islamic Relief Palestin (Gaza dan Tebing Barat). Sejak itu, pejabat Islamic Relief Palestin menjadi pelaksana bagi projek-projek bantuan Islamic Relief yang dilaksanakan di seluruh Palestin. Usaha kemanusiaan Islamic Relief di Palestin tertumpu kepada bantuan di fasa kecemasan dan fasa pembangunan.
Bantuan fasa kecemasan adalah seperti bantuan perubatan, makanan dan perlindungan. Manakala, bantuan fasa pembangunan pula adalah seperti pembinaan sekolah, pembinaan pusat rehabilitasi, bantuan air, sanitasi dan kebersihan (WASH), bantuan pendidikan, bantuan kehidupan mampan dan bantuan penajaan anak yatim. Walaubagaimanapun, pejabat operasi Islamic Relief Palestin di Tebing Barat telah pun tamat operasi sejak Disember 2018 dan hanya memberi bantuan program bermusim melalui rakan kemanusiaan mereka. Kini, usaha kemanusiaan untuk rakyat Palestin lebih tertumpu melalui pejabat di Gaza.
Sejak penubuhannya pada tahun 1984, Islamic Relief sentiasa menitik beratkan amalan urus tadbir yang baik dalam memastikan akauntabiliti dan ketelusan terjaga. Perlaksanaan projek bantuan adalah melalui pejabat rangkaiannya di mana Islamic Relief beroperasi. Setiap transaksi perlu melalui ibu pejabat Islamic Relief sebelum ianya disalurkan kepada pejabat lapangan seperti Islamic Relief Palestin. Islamic Relief juga mengamalkan dasar berkecuali dan tidak berpihak kepada mana-mana parti dan sentiasa bersikap adil dalam melaksanakan usaha kemanusiaannya untuk jangka masa yang panjang.
Islamic Relief adalah antara NGO Islam pertama yang diperakui di bawah Core Humanitarian Standards (CHS), sistem piawaian antarabangsa yang digunapakai oleh NGO antarabangsa. Islamic Relief juga telah tersenarai antara 20 NGO teratas dari 3 juta NGO yang lain dalam aspek ketelusan, impak dan kreativiti oleh NGO Advisor, salah satu badan bebas yang berpangkalan di Geneva.
Orang ramai boleh layari laman sesawang dan laman sosial berikut untuk maklumat lanjut:-
Laman web: https://www.islamic -relief.org
Facebook: https://www.facebook.com/islamicreliefworldwide
Laman web: https://www.islamic -relief.org.my
Facebook: https://www.facebook.com/IslamicReliefMalaysia
Laman web: www.irpal.ps/en/
Facebook: https://www.facebook.com/islamicreliefpalestine/
Untuk Pertanyaan MediaSebarang pertanyaan media atau permintaan maklumat lanjut berkaitan siaran ini, sila hubungi:
Unit Komunikasi Strategik Islamic Relief MalaysiaE-mel: Malaysia.Media@islamic-relief.org.myTelefon: +6019-220 1788 atau +603-8926 3434