Sunday April 9, 2017

Kira-kira 500 peserta menyahut cabaran Water Balloon Charity Run yang dianjurkan oleh Islamic Relief Malaysia (IRM) dengan kerjasama daripada pelajar-pelajar Mahallah Uthman dan Mahallah Asma, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Ketua Pegawai Eksekutif IRM, Zairulshahfuddin Zainal Abidin berkata, ia adalah usaha sekumpulan pelajar-pelajar UIAM yang prihatian terhadap nasib golongan yang memerlukan.

“Pelajar-pelajar ini mengambil inisiatif untuk mengadakan Water Balloon Charity Run dengan tujuan untuk mengumpul dana bagi Projek Penanaman Cendawan di Lombok, Indonesia.

“Di bawah projek ini, Kelompok Wanita Tani (KWT) yang terdiri daripada 20 wanita dari kalangan ibu tunggal dan asnaf akan dibantu oleh Islamic Relief Indonesia untuk meraih pendapatan menerusi penanaman cendawan,” kata Zairulshahfuddin ketika ditemui hari ini.

Dua kategori disediakan di dalam acara terbabit iaitu 5 kilometer dan 10 kilometer. Larian amal yang diadakan di dalam UIAM itu bukan sahaja menarik menarik minat warga UIAM malahan turut membabitkan penyertaan daripada orang awam.

Program tersebut mendapat tajaan daripada Yeo Hiap Seng (Yeo’s) dan Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd.

Untuk Pertanyaan Media
Sebarang pertanyaan media atau permintaan maklumat lanjut berkaitan siaran ini, sila hubungi:

Unit Komunikasi Strategik Islamic Relief Malaysia
E-mel: Malaysia.Media@islamic-relief.org.my
Telefon: +6019-220 1788 atau +603-8926 3434

Penafian: Islamic Relief Malaysia tidak bergabung dengan mana-mana laman web luar. Islamic Relief Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap kandungan laman Internet luaran dan sebarang pautan dari laman web luar ke laman web ini yang bukan merupakan laman web Islamic Relief Malaysia. Hak cipta terpelihara. Setiap sumbangan dalam talian akan dikenakan caj sebanyak RM0.60 untuk pembayaran melalui Perbankan Internet. Setiap sumbangan tidak mendapat resit Pengecualian Cukai. Kami menghargai sokongan berterusan anda dan kami memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi.
© Copyright 2026 Islamic Relief Malaysia, Inc. All rights reserved.

QUICK DONATE