Thursday December 12, 2024

MALI, 12 Dis – Hujan lebat sejak akhir November 2024 telah menyebabkan Sungai Niger melimpah, mengakibatkan banjir di 161 kampung di wilayah Timbuktu dan Mopti.

Antara kawasan yang paling teruk terjejas ialah Banikane, Rharous, Séréré, Hamzacoma, Haribomo, Bambara Maoude, dan Diaptodji.

Tanah pertanian, sawah padi, dan kediaman penduduk musnah sama sekali, sementara kawasan ladang ternakan turut tenggelam, menyebabkan keluarga yang terjejas kehilangan sumber makanan dan keperluan asas.

Sejak 8 Disember, Islamic Relief telah menghulurkan bantuan kecemasan kepada komuniti terjejas, termasuk agihan pek makanan kepada 215 keluarga di Banikane, Séréré, Rharous, dan Hamzakoma.

Keadaan di Mali semakin memburuk apabila paras air terus meningkat dan keperluan semakin mendesak. Penyelesaian jangka panjang seperti pembinaan semula rumah, sekolah, dan sistem pengairan adalah sangat penting.

Berdasarkan situasi yang semakin meruncing setiap hari, sokongan berterusan dan tindakan segera amat diperlukan untuk mengurangkan penderitaan komuniti terjejas serta membina ketahanan mereka.

Penafian: Islamic Relief Malaysia tidak bergabung dengan mana-mana laman web luar. Islamic Relief Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap kandungan laman Internet luaran dan sebarang pautan dari laman web luar ke laman web ini yang bukan merupakan laman web Islamic Relief Malaysia. Hak cipta terpelihara. Setiap sumbangan dalam talian akan dikenakan caj sebanyak RM0.60 untuk pembayaran melalui Perbankan Internet. Setiap sumbangan tidak mendapat resit Pengecualian Cukai. Kami menghargai sokongan berterusan anda dan kami memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi.
© Copyright 2026 Islamic Relief Malaysia, Inc. All rights reserved.

QUICK DONATE