Browse the site and make a Donation Now!
Islamic Relief giat memperluaskan bantuan makanan dan perubatan kepada penduduk awam di Aleppo dan Idlib, di tengah-tengah konflik dan pertempuran yang semakin memuncak di barat laut Syria sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Susulan laporan mengenai kekurangan bekalan makanan dan perubatan di Aleppo, Islamic Relief telah menyumbang 140 tan tepung bagi memastikan operasi kedai roti dapat diteruskan untuk menyediakan makanan kepada penduduk.
Selain itu, Islamic Relief juga merancang untuk menghantar petugas kesihatan dan peralatan dialisis bagi menyokong kemudahan perubatan yang kini sesak dengan orang awam yang terjejas. Peningkatan keganasan telah memaksa banyak hospital swasta menghentikan operasi.
Di Idlib, klinik bergerak yang dikendalikan oleh Islamic Relief terus beroperasi walaupun kawasan itu sering menjadi sasaran serangan. Sebuah pusat kesihatan di Idlib yang turut mendapat bantuan Islamic Relief telah rosak akibat pertempuran dan terpaksa ditutup sementara. Pusat ini biasanya menjalankan puluhan pembedahan secara percuma setiap bulan.
Rajab Haj Salem, Ketua Pejabat Islamic Relief di Idlib, berkata:
“Aleppo dan Idlib, yang merupakan kawasan paling padat penduduk, kini menjadi sasaran serangan hebat. Pada waktu tertentu, pusat bandar Idlib dihujani serangan artileri setiap 30 minit. “Saya sendiri terpaksa meninggalkan rumah saya di Idlib kerana kawasan itu telah menjadi sasaran. Saya menyaksikan bangunan tujuh tingkat musnah akibat serangan udara, manakala hospital universiti terus diserang, dengan serangan udara berlaku di sekitarnya. “Jika pengeboman ini berterusan, akan berlaku gelombang besar perpindahan ke kawasan luar bandar.”
“Aleppo dan Idlib, yang merupakan kawasan paling padat penduduk, kini menjadi sasaran serangan hebat. Pada waktu tertentu, pusat bandar Idlib dihujani serangan artileri setiap 30 minit.
“Saya sendiri terpaksa meninggalkan rumah saya di Idlib kerana kawasan itu telah menjadi sasaran. Saya menyaksikan bangunan tujuh tingkat musnah akibat serangan udara, manakala hospital universiti terus diserang, dengan serangan udara berlaku di sekitarnya.
“Jika pengeboman ini berterusan, akan berlaku gelombang besar perpindahan ke kawasan luar bandar.”
Penduduk Aleppo melaporkan kekurangan bekalan asas, semakin meruncing. Sementara itu, di Idlib, makanan, bahan api, dan perkhidmatan kesihatan masih tersedia buat masa ini. Namun, selepas lebih daripada 13 tahun krisis, kadar pengangguran yang tinggi menyebabkan ramai penduduk tidak mampu membeli keperluan asas.
Krisis di barat laut Syria telah memuncak selama berbulan-bulan dan kini meningkat dengan mendadak. Ini adalah kali pertama sejak 2016 pertempuran berlaku di dalam bandar Aleppo, yang dahulunya menempatkan 4 juta penduduk.
Islamic Relief menyeru agar orang awam dan infrastruktur awam seperti hospital dan sekolah dilindungi daripada sebarang serangan.
Bagi Islamic Relief Malaysia (IR Malaysia) pula, serangan yang berlaku di barat laut Syria perlu dihentikan segera.
“Islamic Relief Malaysia menyeru agar semua pihak menghentikan segera serangan di barat laut Syria yang mengancam nyawa orang awam serta memusnahkan infrastruktur penting seperti hospital dan sekolah. “Perlindungan kepada orang awam mesti menjadi keutamaan bagi mengelakkan penderitaan yang semakin parah di kawasan tersebut,” Mohd Shukor Tahir, Ketua Pegawai Eksekutif IR Malaysia.
“Islamic Relief Malaysia menyeru agar semua pihak menghentikan segera serangan di barat laut Syria yang mengancam nyawa orang awam serta memusnahkan infrastruktur penting seperti hospital dan sekolah.
“Perlindungan kepada orang awam mesti menjadi keutamaan bagi mengelakkan penderitaan yang semakin parah di kawasan tersebut,” Mohd Shukor Tahir, Ketua Pegawai Eksekutif IR Malaysia.
IR Malaysia sentiasa membuka ruang kepada orang ramai untuk menyumbang ke tabung Selamatkan Syria bagi membantu rakyat Syria yang memerlukan. Hubungi 03-8926 3434 atau layari www.islamic-relief.org.my untuk info lanjut.
Nota
Islamic Relief telah membantu rakyat Syria sejak tahun 2011 dan terus menghulurkan bantuan sehingga ke hari ini.
Di barat laut Syria, Islamic Relief telah beroperasi sejak tahun 2013. Pada tahun lalu sahaja, Islamic Relief telah membantu lebih daripada 1.7 juta orang melalui pelbagai bentuk bantuan kemanusiaan dan pembangunan, termasuk penjagaan kesihatan, tempat perlindungan, dan sokongan mata pencarian.
Untuk Pertanyaan MediaSebarang pertanyaan media atau permintaan maklumat lanjut berkaitan siaran ini, sila hubungi:
Unit Komunikasi Strategik Islamic Relief MalaysiaE-mel: Malaysia.Media@islamic-relief.org.myTelefon: +6019-220 1788 atau +603-8926 3434