Saturday April 27, 2019

Berpandukan nilai kemanusiaan yang menjadi tunjang untuk membina dunia prihatin terhadap isu kemanusiaan, Islamic Relief Malaysia (IRM) bekerjasama dengan Kelab Sukarelawan Zakat (SUZA) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Melaka menganjurkan program Footrace & Cycling Charity Fundraising dalam usaha menarik minat masyarakat untuk mengamalkan gaya hidup sihat di samping menyuarakan isu-isu kemanusiaan yang berlaku di seluruh dunia agar orang ramai lebih cakna.

Ketua Pegawai Eksekutif IRM, Zairulshahfuddin Zainal Abidin berkata, program itu bukan sahaja untuk menggalakkan orang ramai bersukan malah memberi galakan dalam membantu pembinaan sekolah kanak-kanak perempuan di Kampung Sahoro, Wilayah Jharkand, Godda India yang menjadi salah satu projek bantuan IRM di bawah sektor pendidikan

“Program Footrace & Cycling Charity Fundraising ini bertujuan untuk mengumpul dana bagi projek pendidikan di Daerah Godda, India di bawah pemantauan Islamic Relief India.

“Ia merupakan antara salah satu usaha bagi memastikan setiap kanak-kanak perempuan di Godda diberi peluang untuk memperoleh pendidikan yang sama rata seperti kanak-kanak lain selain keluar dari kancah kemiskinan yang membelenggu mereka sejak sekian lama.”

Dua kategori disediakan iaitu larian 5 KM dan berbasikal sejauh 16 KM.

Dalam pada itu, program tersebut turut dilaksanakan untuk mengumpul dana bagi melaksanakan Misi Kembara Filantrofi SUZA ke Pattani, Thailand.

Selain IRM, program tersebut mendapat kerjasama Center for Islamic Philanthropy and Social Finance (IPSF), Uni Charity Society, serta Kementerian Kesihatan Malaysia. Majlis perasmian dan penutupan disempurnakan oleh Pengarah Center of IPSF, Prof. Abd Halim Mohd Noor.

Untuk Pertanyaan Media
Sebarang pertanyaan media atau permintaan maklumat lanjut berkaitan siaran ini, sila hubungi:

Unit Komunikasi Strategik Islamic Relief Malaysia
E-mel: Malaysia.Media@islamic-relief.org.my
Telefon: +6019-220 1788 atau +603-8926 3434

Penafian: Islamic Relief Malaysia tidak bergabung dengan mana-mana laman web luar. Islamic Relief Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap kandungan laman Internet luaran dan sebarang pautan dari laman web luar ke laman web ini yang bukan merupakan laman web Islamic Relief Malaysia. Hak cipta terpelihara. Setiap sumbangan dalam talian akan dikenakan caj sebanyak RM0.60 untuk pembayaran melalui Perbankan Internet. Setiap sumbangan tidak mendapat resit Pengecualian Cukai. Kami menghargai sokongan berterusan anda dan kami memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi.
© Copyright 2026 Islamic Relief Malaysia, Inc. All rights reserved.

QUICK DONATE