Friday December 20, 2024

SYRIA, 19 Dis – Situasi kemanusiaan di utara Syria semakin meruncing menyebabkan kebanyakan penduduk bergelut untuk memenuhi keperluan asas akibat kenaikan harga barang dan kekurangan bekalan keperluan penting.

Sejak November, lebih 880,000 dilaporkan kehilangan tempat tinggal manakala lebih 225,000 pelarian dalam negara (IDPs) kembali ke kediaman masing-masing.

Walau bagaimanapun, infrastruktur di kebanyakan kawasan terjejas, rosak teruk atau musnah sama sekali terutama di Kem Yarmouk.

Kekurangan dana yang serius di seluruh negara telah menyebabkan 140 fasiliti kesihatan di Idlib dan utara Aleppo kekurangan sumber bekalan selain banyak fasiliti yang tidak berfungsi atau kekurangan perkhidmatan penting seperti bank darah dan pusat dialisis.

Islamic Relief giat menilai situasi semasa di lapangan. Islamic Relief melaporkan bahawa walaupun beberapa perkhidmatan seperti infrastruktur air mula pulih, kekurangan bahan api, roti, dan elektrik masih kritikal.

Selain itu, walaupun pintu sempadan beroperasi, tahap keselamatan yang rendah dan risiko peningkatan konflik terus menjadi halangan untuk menyalurkan bantuan. Krisis ini memerlukan sokongan antarabangsa yang berterusan untuk melindungi penduduk terjejas dan memulihkan perkhidmatan asas di kawasan terjejas.

Pasukan Islamic Relief di Syria terus memantau situasi dengan teliti dan mengagihkan bantuan kecemasan seperti tepung, roti, selimut dan bahan pemanas kepada penduduk terjejas di Aleppo dan Hama.

Penafian: Islamic Relief Malaysia tidak bergabung dengan mana-mana laman web luar. Islamic Relief Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap kandungan laman Internet luaran dan sebarang pautan dari laman web luar ke laman web ini yang bukan merupakan laman web Islamic Relief Malaysia. Hak cipta terpelihara. Setiap sumbangan dalam talian akan dikenakan caj sebanyak RM0.60 untuk pembayaran melalui Perbankan Internet. Setiap sumbangan tidak mendapat resit Pengecualian Cukai. Kami menghargai sokongan berterusan anda dan kami memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi.
© Copyright 2026 Islamic Relief Malaysia, Inc. All rights reserved.

QUICK DONATE