Tuesday September 7, 2021

SUDAN, 7 September 2021 – Lebih 88,000 penduduk Sudan dilaporkan terjejas akibat hujan lebat dan banjir kilat yang melanda 13 wilayah di negara itu sejak Julai lalu.

Antara kawasan yang paling teruk terjejas ialah Aj Jazirah, Darfur barat dan selatan serta Gedaref.

Setakat 1 September, 4,800 rumah musnah manakala 12,780 lagi mengalami kerosakan.

Kebanyakan penduduk terjejas terpaksa menumpang di rumah saudara-mara atau berlindung di dalam bangunan kerajan.

Kerja-kerja menyelamatkan penduduk terjejas sudah mula dilaksanakan oleh Suruhanjaya Bantuan Kemanusiaan Sudan (HAC) dan organisasi bantuan lain.

Sekiranya keadaan ini berlarutan, bekalan bantuan perlu disalurkan segera ke Sudan.

Terkini, Islamic Relief telah selesai mengedarkan bantuan barangan bukan makanan (NFI) kepada penduduk terjejas di Al Fao, Gedaref dan Utara Khartoum.

Penafian: Islamic Relief Malaysia tidak bergabung dengan mana-mana laman web luar. Islamic Relief Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap kandungan laman Internet luaran dan sebarang pautan dari laman web luar ke laman web ini yang bukan merupakan laman web Islamic Relief Malaysia. Hak cipta terpelihara. Setiap sumbangan dalam talian akan dikenakan caj sebanyak RM0.60 untuk pembayaran melalui Perbankan Internet. Setiap sumbangan tidak mendapat resit Pengecualian Cukai. Kami menghargai sokongan berterusan anda dan kami memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi.
© Copyright 2026 Islamic Relief Malaysia, Inc. All rights reserved.

QUICK DONATE