Monday February 15, 2021

SUDAN, 15 Februari 2021 – Angka pelarian Ethiopia yang berjaya melepasi sempadan Sudan dan mendaftar di bawah Suruhanjaya Pelarian Sudan (COR) dan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) setakat 31 Januari meningkat kepada 60,574 orang.

Dalam usaha membantu mereka, Islamic Relief telah menyasarkan (DBP) bantuan kemanusiaan sejak Disember lalu merangkumi sumbangan makanan (NFI), barangan bukan makanan, perlindungan, air, sanitasi & kebersihan (WASH) serta bantuan pendidikan kepada 34,180 pelarian di kem Um Rakuba.

Seramai 20 kakitangan Islamic Relief telah ditugaskan berada di lapangan bagi menjalankan kerja-kerja bantuan serta penilaian selain membantu mengawal pencegahan Covid-19 di kawasan terlibat.

Sebanyak 48 buah tandas dan empat tangki air lengkap dengan empat paip air bagi setiap tangki juga telah berjaya dibina di kem Um Rakuba menerusi projek Rapid Response Mechanism (RRM).

Sementara menanti projek ini siap sepenuhnya, para penghuni kem menerima bekalan air daripada sebuah trak air yang membawa 30,000 liter air setiap hari untuk kegunaan 2,000 pelarian.

Dalam usaha memastikan kebersihan sentiasa terjaga, seramai 30 ahli jawatankuasa kempen kebersihan telah diwujudkan. Alatan untuk membersihkan kawasan kem juga telah diedarkan sewaktu pelaksanaan aktiviti dijalankan.

Perancangan seterusnya, Islamic Relief bakal melaksanakan gerak kerja bantuan di bawah sektor WASH di kem Tunaydbhah dengan kerjasama agensi tempatan dan antarabangsa serta projek pendidikan di kedua-dua kem pelarian ini.

Penafian: Islamic Relief Malaysia tidak bergabung dengan mana-mana laman web luar. Islamic Relief Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap kandungan laman Internet luaran dan sebarang pautan dari laman web luar ke laman web ini yang bukan merupakan laman web Islamic Relief Malaysia. Hak cipta terpelihara. Setiap sumbangan dalam talian akan dikenakan caj sebanyak RM0.60 untuk pembayaran melalui Perbankan Internet. Setiap sumbangan tidak mendapat resit Pengecualian Cukai. Kami menghargai sokongan berterusan anda dan kami memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi.
© Copyright 2026 Islamic Relief Malaysia, Inc. All rights reserved.

QUICK DONATE