Browse the site and make a Donation Now!
Islamic Relief Malaysia (IR Malaysia) hari ini berbesar hati menjadi rakan strategik dalam usaha inovatif yang diterajui oleh HWC COFFEE, rangkaian kopi premium terkenal di Malaysia, serta Kinohimitsu, jenama produk terkemuka kesihatan dan kecantikan yang terkenal.
Kolaborasi ini menyaksikan pelancaran inisiatif Cup of Hope Bundle yang diadakan di HWC COFFEE, Pavilion Bukit Jalil hari ini, sebagai salah satu langkah penjanaan dana bagi Projek Cup of Hope.
Majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah IR Malaysia, Dato’ Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif HWC COFFEE, Zenda Ng dan Ketua Pegawai Operasi Kinohimitsu, Jennifer Chin.
Cup of Hope Bundle berharga RM88 yang diperkenalkan hari ini mengandungi:
Menurut Syed Saleh, apa yang membanggakan pihaknya, di setiap sachet brew bag eksklusif HWC COFFEE | IR Malaysia terdapatnya lukisan hasil seni anak-anak pelajar Refugee Intellectual Skills & Excellence (RISE), sebuah pusat bimbingan alternatif yang diselenggara oleh IR Malaysia.
“Inisiatif penjanaan dana ini menjadi platform baharu bagi masyarakat untuk berbuat kebaikan dan berkongsi rezeki sambil menikmati haruman kopi dan keenakan sarang burung. “Separuh daripada jualan setiap set bundle ini akan disalurkan kepada Projek Cup of Hope IR Malaysia yang telah dilancarkan pada 1 November 2024 bagi membantu kanak-kanak dan keluarga kurang berkemampuan di Malaysia,” katanya.
“Inisiatif penjanaan dana ini menjadi platform baharu bagi masyarakat untuk berbuat kebaikan dan berkongsi rezeki sambil menikmati haruman kopi dan keenakan sarang burung.
“Separuh daripada jualan setiap set bundle ini akan disalurkan kepada Projek Cup of Hope IR Malaysia yang telah dilancarkan pada 1 November 2024 bagi membantu kanak-kanak dan keluarga kurang berkemampuan di Malaysia,” katanya.
Sebagai organisasi kemanusiaan yang sentiasa berusaha memberi sokongan kepada komuniti memerlukan, IR Malaysia melihat kerjasama ini sebagai pendekatan inovatif dalam mempelbagaikan sumber dana.
“Kerjasama strategik seperti ini membuka peluang kepada pelbagai pihak termasuk individu, korporat dan masyarakat untuk menjadi sebahagian daripada usaha murni membantu mereka yang memerlukan dan memberi impak positif kepada kehidupan komuniti yang rentan. “Hasil pengumpulan dana daripada inisiatif ini akan digunakan bagi menjayakan program Cheer To School dan Bantuan Keperluan Khas Keluarga yang akan dilaksanakan oleh IR Malaysia tahun ini,” tambah Syed Saleh.
“Kerjasama strategik seperti ini membuka peluang kepada pelbagai pihak termasuk individu, korporat dan masyarakat untuk menjadi sebahagian daripada usaha murni membantu mereka yang memerlukan dan memberi impak positif kepada kehidupan komuniti yang rentan.
“Hasil pengumpulan dana daripada inisiatif ini akan digunakan bagi menjayakan program Cheer To School dan Bantuan Keperluan Khas Keluarga yang akan dilaksanakan oleh IR Malaysia tahun ini,” tambah Syed Saleh.
Sementara itu, Zenda dalam ucapannya berkata, kehadiran para tetamu dan orang ramai dalam majlis tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu benar-benar mencerminkan sokongan dan semangat kebersamaan antara semua rakan kerjasama.
“Di HWC COFFEE, kami percaya bahawa kejayaan sesebuah organisasi bukan hanya diukur dari segi keuntungan semata-mata tetapi juga melalui sumbangan positif kepada masyarakat. “Kami sangat berbangga, berbesar hati dan teruja untuk bekerjasama dengan Islamic Relief Malaysia dan Kinohimitsu dalam usaha kami untuk memberi kembali kepada masyarakat kita. “Projek Cup of Hope ini lahir daripada satu impian untuk menjadikan sinar harapan kepada semua rakyat Malaysia yang sedang bergelut dalam kehidupan mereka. “Matlamat kami sangat jelas iaitu menolong semua kanak-kanak dan keluarga tanpa mengira kaum, agama dan juga latar belakang. “Saya menyeru kepada semua untuk bersama-sama kami menjayakan projek Cup of Hope. Setiap langkah kecil yang kita ambil hari ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan,” ucapnya.
“Di HWC COFFEE, kami percaya bahawa kejayaan sesebuah organisasi bukan hanya diukur dari segi keuntungan semata-mata tetapi juga melalui sumbangan positif kepada masyarakat.
“Kami sangat berbangga, berbesar hati dan teruja untuk bekerjasama dengan Islamic Relief Malaysia dan Kinohimitsu dalam usaha kami untuk memberi kembali kepada masyarakat kita.
“Projek Cup of Hope ini lahir daripada satu impian untuk menjadikan sinar harapan kepada semua rakyat Malaysia yang sedang bergelut dalam kehidupan mereka.
“Matlamat kami sangat jelas iaitu menolong semua kanak-kanak dan keluarga tanpa mengira kaum, agama dan juga latar belakang.
“Saya menyeru kepada semua untuk bersama-sama kami menjayakan projek Cup of Hope. Setiap langkah kecil yang kita ambil hari ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan,” ucapnya.
Sebagai peneraju dalam bidang kesihatan dan kecantikan, Kinohimitsu komited menyokong inisiatif kemanusiaan seperti Cup of Hope Bundle yang digerakkan bersama HWC COFFEE dan IR Malaysia.
Menurut Jennifer, ini bukan kali pertama Kinohimitsu menjalankan program CSR sebegini.
“Kami meneruskan kempen kebajikan kami melalui projek Cup of Hope. Saya harap masyarakat dapat beri sokongan kepada Islamic Relief Malaysia. “Kekayaan yang sebenar bermula dari hati. Apabila hati kita dipenuhi dengan kebaikan dan kejujuran, hidup akan lebih tenang dan bermakna. “Yang penting adalah bagaimana kita mahu menyumbang kepada masyarakat, menyebarkan kasih sayang dan memastikan orang lain juga dapat hidup dengan baik,” katanya.
“Kami meneruskan kempen kebajikan kami melalui projek Cup of Hope. Saya harap masyarakat dapat beri sokongan kepada Islamic Relief Malaysia.
“Kekayaan yang sebenar bermula dari hati. Apabila hati kita dipenuhi dengan kebaikan dan kejujuran, hidup akan lebih tenang dan bermakna.
“Yang penting adalah bagaimana kita mahu menyumbang kepada masyarakat, menyebarkan kasih sayang dan memastikan orang lain juga dapat hidup dengan baik,” katanya.
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang majlis pelancaran tersebut ialah tayangan video, ucapan penghargaan, sesi perkongsian oleh pelajar RISE, penyerahan cenderhati, serta persembahan nyanyian oleh Christopher Lay, Hayden dan kumpulan Saujana.
Orang ramai boleh mendapatkan Cup of Hope Bundle melalui Kinohimitsu E-Store (https://my.kinohimitsu.com/products/cup-of-hope-irm-hwc-kinohimitsu) atau hubungi Khidmat Pelaggan Kinohimitsu di talian 012-306 0250.
Inisiatif ini menyasarkan jualan 1,000 set Cup of Hope Bundle dan pengumpulan dana sebanyak RM44,000.
Turut hadir dalam majlis pelancaran tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif IR Malaysia, Siti Fadilah Mohd Hood; Ketua Pegawai Operasi HWC COFFEE, Penny Chan; Ketua Pegawai Pemasaran HWC COFFEE, Edmund Lai; Pengurus Besar Kinohimitsu, Liew Pei Yee serta Ikon Kemanusiaan IR Malaysia, Irma Hasmie, Diana Amir dan Ustaz Shahrizan Daud At-Turabi.
Untuk Pertanyaan MediaSebarang pertanyaan media atau permintaan maklumat lanjut berkaitan siaran ini, sila hubungi:
Unit Komunikasi Strategik Islamic Relief MalaysiaE-mel: Malaysia.Media@islamic-relief.org.myTelefon: +6019-220 1788 atau +603-8926 3434