Browse the site and make a Donation Now!
Islamic Relief Malaysia (IR Malaysia) malam tadi telah menghantar dua orang wakil ke Blantyre bagi menjayakan misi Kembara Rezeki Qurban ke Malawi sempena Aidiladha 1446H tahun ini.
Misi yang berlangsung dari 3 Jun hingga 11 Jun 2025 ini bertujuan untuk memantau dan menilai proses pelaksanaan ibadah korban di pejabat lapangan, bagi memastikan ia mematuhi garis panduan, objektif serta piawaian antarabangsa yang ditetapkan oleh Islamic Relief (IR).
Ketua Pegawai Eksekutif IR Malaysia, Siti Fadilah Mohd Hood berkata, ini merupakan kali pertama IR Malaysia melakukan lawatan pemantauan dan penilaian untuk kempen Rezeki Qurban.
“Alhamdulillah, Islamic Relief mempunyai pengalaman lebih 40 tahun dalam melaksanakan ibadah korban. “Tahun ini, kami memilih untuk menghantar pasukan misi ke Malawi bagi menyaksikan sendiri bagaimana ibadah korban dilaksanakan, memandangkan negara ini merupakan antara lokasi yang menerima penyertaan tinggi daripada rakyat Malaysia. “Sebagai wakil Islamic Relief, kami menggalas amanah para penyumbang yang telah memberi kepercayaan kepada kami untuk melaksanakan ibadah yang sangat dituntut ini bagi pihak mereka. “Golongan Muslim di Malawi adalah minoriti dan kebanyakannya berada di bawah paras kemiskinan. Maka, penyertaan korban daripada rakyat Malaysia diharapkan dapat memberi impak besar kepada masyarakat Muslim di sana. “Saya percaya, dengan lawatan pemantauan dan penilaian ke Malawi ini, ia membuka lebih banyak ruang dan peluang untuk pasukan kami belajar daripada pasukan di lapangan kerana setiap negara akan memberikan pengalaman dan juga pengetahuan berbeza dari segi kemahiran dan seumpamanya,” katanya.
“Alhamdulillah, Islamic Relief mempunyai pengalaman lebih 40 tahun dalam melaksanakan ibadah korban.
“Tahun ini, kami memilih untuk menghantar pasukan misi ke Malawi bagi menyaksikan sendiri bagaimana ibadah korban dilaksanakan, memandangkan negara ini merupakan antara lokasi yang menerima penyertaan tinggi daripada rakyat Malaysia.
“Sebagai wakil Islamic Relief, kami menggalas amanah para penyumbang yang telah memberi kepercayaan kepada kami untuk melaksanakan ibadah yang sangat dituntut ini bagi pihak mereka.
“Golongan Muslim di Malawi adalah minoriti dan kebanyakannya berada di bawah paras kemiskinan. Maka, penyertaan korban daripada rakyat Malaysia diharapkan dapat memberi impak besar kepada masyarakat Muslim di sana.
“Saya percaya, dengan lawatan pemantauan dan penilaian ke Malawi ini, ia membuka lebih banyak ruang dan peluang untuk pasukan kami belajar daripada pasukan di lapangan kerana setiap negara akan memberikan pengalaman dan juga pengetahuan berbeza dari segi kemahiran dan seumpamanya,” katanya.
Tambah beliau, selain memantau projek korban, pasukan misi turut membawa amanah daripada pejabat IR Malaysia untuk meninjau projek-projek yang berpotensi untuk ditaja pada masa hadapan. Usaha ini diharapkan dapat membuka lebih banyak peluang kepada rakyat Malaysia untuk menyantuni masyarakat yang memerlukan di Malawi.
Sementara itu, Pengurus Bahagian Program IR Malaysia yang juga ketua misi, Fa’azurah Kadir berkata, fokus utama misi ini adalah kepada keseluruhan proses pelaksanaan ibadah korban, bermula daripada pemilihan lembu dan pembekal, proses penyembelihan, melapah, pembungkusan, sehinggalah agihan daging korban.
“Insya-Allah, pada Hari Raya Aidiladha nanti, kami akan berpeluang menyaksikan sendiri proses penyembelihan dan pengagihan daging haiwan korban hasil sumbangan rakyat Malaysia. “Tahun ini, rakyat Malaysia telah menyumbang sebanyak 300 bahagian korban untuk penduduk Malawi. “Selama ini, IR Malaysia melaksanakan korban di Malawi dengan menerima laporan daripada pejabat lapangan. Alhamdulillah, tahun ini kami diberi peluang untuk menyaksikan sendiri bagaimana bantuan ini memberi impak kepada penerima manfaat,” ujarnya.
“Insya-Allah, pada Hari Raya Aidiladha nanti, kami akan berpeluang menyaksikan sendiri proses penyembelihan dan pengagihan daging haiwan korban hasil sumbangan rakyat Malaysia.
“Tahun ini, rakyat Malaysia telah menyumbang sebanyak 300 bahagian korban untuk penduduk Malawi.
“Selama ini, IR Malaysia melaksanakan korban di Malawi dengan menerima laporan daripada pejabat lapangan. Alhamdulillah, tahun ini kami diberi peluang untuk menyaksikan sendiri bagaimana bantuan ini memberi impak kepada penerima manfaat,” ujarnya.
Tahun ini, IR Malawi menyasarkan pengagihan sebanyak 38,700 pek daging korban, melibatkan 15,050 bahagian korban, yang dijangka memberi manfaat kepada 193,500 isi rumah di daerah Blantyre, Mangochi dan Balaka.
Selain meninjau projek korban, misi Kembara Rezeki Qurban ke Malawi turut melawat beberapa projek lain seperti penajaan anak yatim, projek air, sanitasi dan kebersihan (WASH), serta projek kehidupan mampan yang dibiayai oleh rakyat Malaysia.
Misi yang turut disertai oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah IR Worldwide dan IR Malaysia, Nurhayati Hassan ini menjadi platform penting untuk memperkukuh ketelusan dan akauntabiliti organisasi kepada para penyumbang, di samping membuktikan komitmen berterusan dalam menyampaikan amanah kemanusiaan dengan penuh integriti.
Rezeki Qurban merupakan salah satu kempen tahunan IR Malaysia yang membolehkan rakyat Malaysia menunaikan ibadah korban di negara-negara yang bergelut dengan krisis kemanusiaan, kebuluran dan kemiskinan.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Rezeki Qurban 2025, orang ramai boleh melayari www.islamic-relief.org.my atau menghubungi 03-8926 3434.
Latar Belakang Malawi
Malawi, sebuah negara yang terletak di tenggara Afrika, merupakan antara negara termiskin di dunia. Majoriti penduduknya bergantung kepada pertanian tradisional dan terdedah kepada bencana alam seperti kemarau dan banjir yang semakin kerap berlaku akibat perubahan iklim.
Keadaan ini telah menyebabkan krisis makanan yang berpanjangan, kemiskinan yang melarat, serta kesukaran mendapatkan keperluan asas seperti air bersih, pendidikan dan rawatan kesihatan.
Dalam menghadapi cabaran ini, komuniti yang paling terkesan terutamanya kanak-kanak, wanita dan warga emas amat memerlukan sokongan berterusan agar mereka dapat meneruskan kehidupan dengan lebih bermaruah dan sejahtera.
Islamic Relief telah beroperasi di Malawi sejak tahun 2006 dengan fokus kepada bantuan pembangunan jangka panjang untuk membantu komuniti terjejas keluar daripada kitaran kemiskinan.
Antara inisiatif utama termasuk menyediakan akses kepada penjagaan kesihatan dan air bersih, sokongan kehidupan mampan untuk komuniti rentan, penjagaan anak yatim serta bantuan kecemasan seperti makanan dan barangan keperluan semasa bencana alam seperti banjir dan taufan.
Untuk Pertanyaan MediaSebarang pertanyaan media atau permintaan maklumat lanjut berkaitan siaran ini, sila hubungi:
Unit Komunikasi Strategik Islamic Relief MalaysiaE-mel: Malaysia.Media@islamic-relief.org.myTelefon: +6019-220 1788 atau +603-8926 3434