Thursday November 3, 2022

Islamic Relief Malaysia menerusi kempen Rayuan Musim Sejuk terus proaktif membantu mereka yang terkesan dengan ancaman cuaca sejuk melampau di Lubnan kerana mengambil kira situasi ekonomi di negara itu yang semakin kritikal.

Kemerosotan ekonomi yang mula melanda Lubnan pada tahun 2019 telah mengakibatkan mata wang negara itu jatuh merudum di pasaran hingga Bank Dunia menyifatkan krisis kewangan di Lubnan adalah salah satu krisis terburuk sejak abad ke-19.

Menurut Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Islamic Relief Malaysia, Siti Fadilah Mohd Hood, pemilihan lokasi ini juga berperanan sebagai serampang dua mata untuk membantu pelarian Syria dan Palestin yang jumlahnya melebihi satu perempat daripada bilangan penduduk Lubnan.

“Kaedah penyaluran bantuan yang biasa diguna pakai oleh Islamic Relief bagi bantuan musim sejuk dijalankan menerusi edaran barangan sumbangan, penggunaan baucar belian yang boleh ditebus di pasaraya dan kedai-kedai terpilih serta pemberian wang tunai secara terus kepada individu yang dibantu atau pembayaran bil kepada syarikat gas dan elektrik.

“Dari segi kriteria pemilihan individu yang dibantu pula merangkumi ibu tunggal, anak yatim, warga emas, orang kurang upaya (OKU), golongan berpendapatan rendah, ibu mengandung dan menyusu, keluarga yang terjejas COVID-19, pelarian dalam negara (IDP), isi rumah yang tiada pendapatan dan mempunyai bilangan tanggungan yang ramai,” kata Siti Fadilah.

Kutipan dana yang disasarkan menerusi kempen Rayuan Musim Sejuk bemula hari ini sehingga 31 Disember 2022 adalah sebanyak RM250,000.

Tahun ini, Islamic Relief Malaysia masih lagi meneruskan kesinambungan penggunaan pakej sebagai strategi promosi bagi memudahkan masyarakat memahami konsep bantuan yang disalurkan seterusnya menyertai kempen ini.

Pakej Sumbangan Kempen Rayuan Musim Sejuk:

Harga (RM) Pakej Jenis Sumbangan
RM50 Stay Warm With Love Pakaian Musim Sejuk
RM150 Stay Calm With Love Tilam (2) & Selimut
RM250 Stay Safe With Love Keperluan Asas Musim Sejuk:

Pek Makanan, Petrol & Bahan Bakar

“Berdasarkan respon kakitangan Islamic Relief di lapangan, bantuan musim sejuk yang diberikan sebelum ini banyak membantu dalam meringankan beban penduduk terjejas memandangkan kesempitan hidup memaksa mereka memilih diantara membeli makanan atau bahan bakar, yang mana kedua-duanya sama penting untuk menyelamatkan nyawa dari ancaman maut.

“Menurut Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF), inflasi dan kenaikan harga barangan keperluan asas seperti bahan bakar dan roti benar-benar menjerut kehidupan penduduk setempat sehingga mengakibatkan kira-kira 12 peratus keluarga di Lubnan terpaksa menghantar anak mereka seawal usia enam tahun untuk bekerja di jalanan, ladang atau tapak pembinaan yang terdedah dengan risiko eskploitasi, keganasan dan penderaan,” jelas Siti Fadilah.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyumbang menerusi kempen Rayuan Musim Sejuk. Layari laman sesawang www.islamic-relief.org.my atau hubungi 03-8926 3434 untuk maklumat lanjut.

Untuk Pertanyaan Media
Sebarang pertanyaan media atau permintaan maklumat lanjut berkaitan siaran ini, sila hubungi:

Unit Komunikasi Strategik Islamic Relief Malaysia
E-mel: Malaysia.Media@islamic-relief.org.my
Telefon: +6019-220 1788 atau +603-8926 3434

Penafian: Islamic Relief Malaysia tidak bergabung dengan mana-mana laman web luar. Islamic Relief Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap kandungan laman Internet luaran dan sebarang pautan dari laman web luar ke laman web ini yang bukan merupakan laman web Islamic Relief Malaysia. Hak cipta terpelihara. Setiap sumbangan dalam talian akan dikenakan caj sebanyak RM0.60 untuk pembayaran melalui Perbankan Internet. Setiap sumbangan tidak mendapat resit Pengecualian Cukai. Kami menghargai sokongan berterusan anda dan kami memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi.
© Copyright 2026 Islamic Relief Malaysia, Inc. All rights reserved.

QUICK DONATE