Wednesday October 13, 2021

LUBNAN, 13 Oktober 2021 – Bekalan elektrik di Lubnan terputus ekoran dua stesen janakuasa utama di negara itu terpaksa ditutup berikutan kekurangan bahan bakar.

Menurut laporan media antarabangsa, kekurangan nilai mata wang asing menjadikan isu kekurangan bahan bakar dan kesukaran penjanaan elektrik secara persendirian menjadi lebih kritikal.

Krisis ekonomi yang menghimpit Lubnan ketika ini terjadi atas beberapa faktor antaranya kesan insiden letupan di Beirut, impak pandemik COVID-19 serta kelemahan sistem pentadbiran negara.

Nilai mata wang Lubnan terus merudum lantas mengakibatkan berlakunya inflasi. Hal ini membuatkan penduduk setempat menjadi semakin tertekan dan terjejas.

Islamic Relief telah beroperasi di Lubnan sejak 2006 dan kini masih giat berusaha membantu penduduk terjejas meski berdepan pelbagai cabaran.

Penafian: Islamic Relief Malaysia tidak bergabung dengan mana-mana laman web luar. Islamic Relief Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap kandungan laman Internet luaran dan sebarang pautan dari laman web luar ke laman web ini yang bukan merupakan laman web Islamic Relief Malaysia. Hak cipta terpelihara. Setiap sumbangan dalam talian akan dikenakan caj sebanyak RM0.60 untuk pembayaran melalui Perbankan Internet. Setiap sumbangan tidak mendapat resit Pengecualian Cukai. Kami menghargai sokongan berterusan anda dan kami memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi.
© Copyright 2026 Islamic Relief Malaysia, Inc. All rights reserved.

QUICK DONATE