Friday February 6, 2026

6 Februari 2026

Islamic Relief menggesa tindakan segera diambil berikutan laporan terbaru Klasifikasi Fasa Keselamatan Makanan Bersepadu (IPC) menunjukkan, kebuluran kini merebak ke dua lagi kawasan di Darfur Utara, sementara tahap kekurangan zat makanan di Kordofan semakin kritikal.

Sehingga kini, penduduk di kedua-dua wilayah terus diserang, dibiarkan kelaparan dan dipaksa meninggalkan tanah mereka.

Ratusan ribu nyawa kini berada pada risiko kematian akibat kebuluran, menggambarkan kegagalan dunia dalam menghentikan perang dan melindungi orang awam daripada krisis kemanusiaan yang amat membimbangkan.

Di Um Baru di Darfur Utara, IPC mendapati 52.9% kanak-kanak berusia antara 6 hingga 59 bulan mengalami kekurangan zat makanan akut, iaitu lebih dua kali ganda daripada ambang kebuluran.

Setiap hari yang berlalu meningkatkan ancaman kepada nyawa ramai orang, terutamanya kanak-kanak.

Islamic Relief juga memuji keberanian sukarelawan tempatan yang mengendalikan dapur komuniti untuk menyediakan makanan di kawasan-kawasan yang disekat daripada menerima bantuan antarabangsa.

Namun, usaha ini berada pada risiko tinggi untuk terhenti dan amat memerlukan sokongan tambahan daripada dunia antarabangsa.

Justeru, Islamic Relief mendesak para pemimpin dunia untuk menekan pihak-pihak yang bertelagah untuk bersetuju melaksanakan gencatan senjata kemanusiaan dan memastikan bantuan dapat disalurkan kepada semua yang memerlukannya.

Penafian: Islamic Relief Malaysia tidak bergabung dengan mana-mana laman web luar. Islamic Relief Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap kandungan laman Internet luaran dan sebarang pautan dari laman web luar ke laman web ini yang bukan merupakan laman web Islamic Relief Malaysia. Hak cipta terpelihara. Setiap sumbangan dalam talian akan dikenakan caj sebanyak RM0.60 untuk pembayaran melalui Perbankan Internet. Setiap sumbangan tidak mendapat resit Pengecualian Cukai. Kami menghargai sokongan berterusan anda dan kami memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi.
© Copyright 2026 Islamic Relief Malaysia, Inc. All rights reserved.

QUICK DONATE