Tuesday February 25, 2020

Islamic Relief Malaysia hari ini melancarkan kempen Ramadan Bersama-sama bagi meneruskan projek bantuan pek makanan untuk bulan Ramadan yang bakal tiba dua bulan lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif Islamic Relief Malaysia, Zairulshahfuddin Zainal Abidin berkata pihaknya memandang serius akan keperluan makanan sesebuah keluarga bagi menghadapi bulan puasa.

“Islamic Relief secara keseluruhannya sedaya upaya untuk membantu seramai mungkin penerima manfaat di seluruh dunia menerusi agihan pek makanan di bulan Ramadan.

“Selaras dengan agenda ‘Sustainable Development Goals’ yang ke-2 iaitu ‘Zero Hunger’, Islamic Relief berharap agar keluarga-keluarga yang dibantu ini dapat memberi fokus pada urusan ibadah tanpa perlu memikirkan bagaimana untuk mendapatkan sedikit makanan bagi juadah bersahur dan berbuka,” kata Zairul sempena pelancaran kempen Ramadan Bersama-sama.

Kempen program bermusim tahunan Islamic Relief itu semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Malaysia apabila ia menjadi salah satu kempen yang ditunggu-tunggu saban tahun.

“Tahun ini, Islamic Relief Malaysia menyasarkan kutipan dana sebanyak RM2.5 juta melalui kempen Ramadan Bersama-sama bagi membantu 59,250 penerima manfaat di 32 buah negara termasuk Malaysia, Myanmar, Yaman, Syria, Palestin, Somalia, Kosova dan lain-lain,” tambah Zairul.

Menurut Zairul lagi, negara-negara yang bakal menerima pek bantuan makanan itu memenuhi kriteria tertentu seperti; negara yang mempunyai populasi yang tinggi dan mengalami ancaman nutrisi dan makanan, negara yang menghadapi kemelesetan ekonomi dan menampung jumlah penduduk yang tinggi dan tinggal di bawah paras kemiskinan serta negara yang mengalami krisis kemanusiaan yang berterusan.

Bagi kempen Ramadan Bersama-sama ini, Islamic Relief Malaysia menyediakan dua pakej sumbangan mengikut negara tertentu iaitu RM180 dan RM300 bermula 25 Februari 2020 hingga 23 Mei 2020.

Pakej Negara
 

RM180

Malaysia, Sri Lanka, Bangladesh, Niger, Mali, Chechnya, Bosnia, Lubnan,

Albania, Tunisia, Myanmar, India, Chad, Filipina, Kosova, Afrika Selatan, Jordan, Nepal, Malawi, Pakistan, Kenya & Sudan.

RM300 Syria,  Palestin,  Ethiopia,  Indonesia,  Afghanistan,  Macedonia,  Sudan

Selatan, Somalia, Turki & Yaman.

 

Orang ramai yang ingin menyumbang untuk pakej bantuan pek makanan Ramadan Bersama-sama boleh berbuat demikian di laman sesawang www.islamic-relief.org.my atau hubungi 03-8926 3434 untuk maklumat lanjut.

Pek Makanan Ramadan

Agihan pek makanan Ramadan merupakan program bermusim yang dikelola oleh Islamic Relief dalam memberi bantuan makanan asas kepada penerima manfaat dari pelbagai negara untuk bekalan sepanjang bulan Ramadan. Ia meliputi makanan asas seperti beras, tepung, jagung, pasta, bijirin, kekacang, daging dalam tin, minyak masak, gula, uncang teh, dan kurma mengikut keperluan asas negara masing-masing.

Islamic Relief Malaysia menyasarkan agihan sebanyak 6,022 pek makanan Ramadan di seluruh negara manakala 8,850 pek makanan di 32 buah negara.

 

 

Tahun

Agihan Tempatan

Agihan Antarabangsa

 

Jumlah Pek Makanan

Jumlah Pek Makanan melalui Islamic Relief

Malaysia

Jumlah Pek Makanan melalui Islamic Relief

keseluruhan

2016

6,043 5,270 188,834
2017 5,631 2,905

240,669

2018

6,000 3,540 299,163

2019

7,387 8,789

311,436

2020 6,022 8,850

235,000

Agihan Pek Makanan Ramadan Islamic Relief Malaysia (2016-2020)

Untuk Pertanyaan Media
Sebarang pertanyaan media atau permintaan maklumat lanjut berkaitan siaran ini, sila hubungi:

Unit Komunikasi Strategik Islamic Relief Malaysia
E-mel: Malaysia.Media@islamic-relief.org.my
Telefon: +6019-220 1788 atau +603-8926 3434

Penafian: Islamic Relief Malaysia tidak bergabung dengan mana-mana laman web luar. Islamic Relief Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap kandungan laman Internet luaran dan sebarang pautan dari laman web luar ke laman web ini yang bukan merupakan laman web Islamic Relief Malaysia. Hak cipta terpelihara. Setiap sumbangan dalam talian akan dikenakan caj sebanyak RM0.60 untuk pembayaran melalui Perbankan Internet. Setiap sumbangan tidak mendapat resit Pengecualian Cukai. Kami menghargai sokongan berterusan anda dan kami memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi.
© Copyright 2026 Islamic Relief Malaysia, Inc. All rights reserved.

QUICK DONATE