Browse the site and make a Donation Now!
Insiden pengeboman di barat laut Syria pada Selasa lalu telah merosakkan dua buah hospital sehingga memaksa operasi hospital dihentikan seketika. Ini termasuk sebuah hospital trauma utama yang telah dibantu oleh Islamic Relief (IR) sejak bertahun dahulu.
Menurut sebuah laporan, serangan itu berlaku sehari selepas sekurang-kurangnya 17 orang terbunuh termasuk wanita dan kanak-kanak. Sejak tiga minggu lalu, terdapat sekurang-kurangnya 20 serangan ke atas 18 kemudahan yang berbeza, kira-kira satu serangan dalam sehari.
Peningkatan serangan yang berlaku telah menakutkan orang ramai sehingga mengakibatkan infrastruktur awam seperti masjid, hospital dan pasar kurang dikunjungi orang ramai.
Ribuan orang terpaksa berlindung di rumah dan bersembunyi dalam kegelapan untuk mengelakkan daripada dilihat atau ditemui. Mereka juga berbuka puasa dalam keadaan gelap samada di bangunan-bangunan atau di kawasan padang. Ramai yang bimbang untuk keluar membeli makanan dan mereka hanya bergantung dengan bekalan makanan sedia ada.
“Pengeboman di hospital adalah sesuatu yang tidak boleh diterima dan penutupan hospital trauma tersebut bakal memberi kesan buruk kepada orang awam yang tidak bersalah.
“Orang ramai hidup dalam ketakutan dan tidak tahu apa yang akan terjadi selepas ini. Dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini, kira-kira 300,000 orang terpaksa meninggalkan rumah mereka kerana ketakutan manakala ratusan ribu lagi dijangka akan turut berpindah selepas ini,” kata Ahmed Mahmoud*, Pengarah Negara IR Syria, dalam memetik data kluster kesihatan mengenai isu perpindahan.
“Ramadan seharusnya menjadi bulan yang suci di mana keluarga dan sahabat handai dapat berkumpul bersama dengan aman tetapi di utara-barat Syria, hanya ada serangan yang tidak henti-henti.
“Bekalan makanan dan ubat-ubatan semakin susut bilangannya. Hospital dan masjid perlu ditutup atau dihadkan perkhidmatan. Sekolah pula tidak beroperasi di kebanyakan kawasan. Tempat orang awam yang sepatutnya selamat kini menjadi sasaran peluru.
“Setiap bom yang jatuh ke kawasan ini, bukan sahaja memberi peringatan kepada kami malahan kepada tiga juta penduduk di Idlib bahawa keadaan semakin buruk.”
Dalam serangan di Idlib, lebih 300 orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak telah terbunuh sejak akhir April lalu. Menurut PBBB untuk Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA), 25 sekolah dan 20 kemudahan kesihatan telah terjejas. Peperiksaan sekolah untuk sekurang-kurangnya 400,000 pelajar juga perlu ditangguhkan.
NOTA KEPADA EDITOR
*Ahmed Mahmoud adalah nama samaran dan digunakan untuk tujuan keselamatan. Sebagai alternatif, anda boleh menyifatkan petikan tersebut kepada pekerja bantuan Islamic Relief di lapangan.
Untuk Pertanyaan MediaSebarang pertanyaan media atau permintaan maklumat lanjut berkaitan siaran ini, sila hubungi:
Unit Komunikasi Strategik Islamic Relief MalaysiaE-mel: Malaysia.Media@islamic-relief.org.myTelefon: +6019-220 1788 atau +603-8926 3434