Monday August 23, 2021

LUBNAN, 23 Ogos 2021 – Gerakan tunjuk perasaan dan sekatan jalan masih lagi berlarutan di Lubnan ekoran isu kekurangan sumber minyak dan bekalan elektrik yang berpunca daripada kejatuhan mata wang dan krisis ekonomi.

Susulan itu, banyak pertelingkahan berlaku di stesen minyak seluruh Lubnan.

Di Kafaat, Hadath, tentera Lubnan terpaksa campur tangan bagi menghentikan serangan tembakan dan bom tangan roket yang disasarkan ke arah sebuah stesen minyak.

15 Ogos lalu, Kementerian Kesihatan Lubnan melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 28 maut manakala 79 lagi cedera dalam insiden letupan melibatkan tangki simpanan minyak di wilayah Akkar, utara Lubnan.

Impak kekurangan bahan bakar di Lubnan mengakibatkan bekalan elektrik hanya dapat diakses sekitar tiga hingga enam jam sehari sehingga menjejaskan pelbagai sumber perkhidmatan termasuk rangkaian telekomunikasi dan kedai roti yang menjadi salah satu sumber makanan ruji penduduk.

Selain itu, terdapat beberapa hospital yang tidak dapat beroperasi seperti biasa sedangkan kes positif COVID-19 semakin meningkat dengan kadar purata 2,000 kes direkodkan dalam sehari.

Islamic Relief Lubnan juga kini sedang berdepan kesukaran untuk melaksanakan tugasan harian. Beberapa projek di kawasan utara Lubnan terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu sebagai langkah berjaga-jaga.

Penafian: Islamic Relief Malaysia tidak bergabung dengan mana-mana laman web luar. Islamic Relief Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap kandungan laman Internet luaran dan sebarang pautan dari laman web luar ke laman web ini yang bukan merupakan laman web Islamic Relief Malaysia. Hak cipta terpelihara. Setiap sumbangan dalam talian akan dikenakan caj sebanyak RM0.60 untuk pembayaran melalui Perbankan Internet. Setiap sumbangan tidak mendapat resit Pengecualian Cukai. Kami menghargai sokongan berterusan anda dan kami memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi.
© Copyright 2026 Islamic Relief Malaysia, Inc. All rights reserved.

QUICK DONATE