Tuesday May 15, 2018

Pasukan Misija4Bosnia dari Squad Celebrity Global Volunteers hari ini menerima dua buah lukisan berinspirasikan sebuah masjid dan bunga Jorgovan (Lilac) di Bosnia and Herzegovina hasil sentuhan pendakwah terkenal tanah air, Ustazah Asni Mansor.

Majlis penyerahan itu diadakan di At-Teen Gallery milik Ustazah Asni Mansor dihadiri oleh Ketua Bahagian Partner Care Islamic Relief Malaysia (IRM), Kamarul Halim Sakrani dan Presiden Ukhwah 4 Ummah (U4U), Mohamad Sharudin Dawam.

Hujung April lalu, Ustazah Asni Mansor bersama pasukan Misija4Bosnia yang turut dianggotai oleh Diana Amir, Farah Lee, Ashraf Muslim serta wakil dari IRM dan U4U telah berlepas ke Bosnia and Herzegovina bagi menyempurnakan misi kemanusiaan bertujuan untuk meraih dana sebanyak RM600,000.

Pada majlis itu, dua buah lukisan bernilai RM5,000 dan RM10,000 setiap satu akan dilelong bermula 15 Mei sehingga 31 Ogos 2018 dan hasil lelongan akan dimasukkan ke tabung Misija4Bosnia. Penyertaan boleh dibuat melalui laman web www.ukhwahforummah.org

Dana yang dikumpul melalui projek Misija4Bosnia akan digunakan bagi membantu rakyat Bosnia and Herzegovina melalui sektor kehidupan mampan seperti bantuan alat pengering makanan, rumah hijau dan penanaman semula hutan.

Orang ramai yang ingin menyumbang untuk tabung Squad Celebrity Global Volunteers boleh berbuat demikian di www.islamic-relief.org.my. Hubungi 03-8926 3434 untuk maklumat lanjut.

Squad Celebrity Global Volunteers

 Projek Squad Celebrity Global Volunteers telah dilancarkan pada 4 April 2018 oleh Ketua Pegawai Eksekutif IRM, Zairulshahfuddin Zainal Abidin dan Presiden U4U, Mohamad Sharudin Dawam.

Projek ini bertujuan untuk meraih dana kemanusiaan sebanyak RM2.4 juta melalui empat projek pembangunan Islamic Relief (IR) di Malawi, Bosnia & Herzegovina, India dan Filipina.

12 barisan selebriti tempatan terlibat di dalam projek ini iaitu Irma Hasmie, Redza Shah, Lufya Omar, Diana Amir, Farah Lee, Ashraf Muslim, Faizal Ismail, Fara Fauzana, Zoey Rahman, Lah Ahmad, Nadia Sabrina dan Dhirar Zainal.

Menurut Zairulshahfuddin, IRM mengatur pelbagai pendekatan berbeza setiap tahun bagi mendekati masyarakat dan menyampaikan kempen kesedaran mengenai isu-isu kemanusiaan yang berlaku di peringkat global.

“Sejajar dengan visi IRM yang ingin mewujudkan dunia yang prihatin, IRM tahun ini menggembeleng usaha bersama pihak U4U dalam memastikan 12 selebriti ini menyelami kehidupan dan penderitaan yang dilalui oleh penerima manfaat di empat buah negara sekaligus dapat menyebarkan mesej kemanusiaan tersebut kepada masyarakat,” ujar Zairulshahfuddin.

Empat projek Squad Celebrity Global Volunteers:

Negara

Projek Sektor Bantuan

Selebriti

Filipina

Tabang4Marawi Kehidupan Mampan

Irma Hasmie, Redza Shah, Lufya Omar

Bosnia & Herzegovina

Misija4Bosnia Kehidupan Mampan

Diana Amir, Farah Lee, Ashraf Muslim

Malawi

Water4Malawi Air, Sanitasi & Kebersihan

Faizal Ismail (FBI), Fara Fauzana (Fafau), Zoey Rahman

India

School4Godda Pendidikan

Lah Ahmad, Raja Sabrina, Dhirar Zainal

Untuk Pertanyaan Media
Sebarang pertanyaan media atau permintaan maklumat lanjut berkaitan siaran ini, sila hubungi:

Unit Komunikasi Strategik Islamic Relief Malaysia
E-mel: Malaysia.Media@islamic-relief.org.my
Telefon: +6019-220 1788 atau +603-8926 3434

Penafian: Islamic Relief Malaysia tidak bergabung dengan mana-mana laman web luar. Islamic Relief Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap kandungan laman Internet luaran dan sebarang pautan dari laman web luar ke laman web ini yang bukan merupakan laman web Islamic Relief Malaysia. Hak cipta terpelihara. Setiap sumbangan dalam talian akan dikenakan caj sebanyak RM0.60 untuk pembayaran melalui Perbankan Internet. Setiap sumbangan tidak mendapat resit Pengecualian Cukai. Kami menghargai sokongan berterusan anda dan kami memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi.
© Copyright 2026 Islamic Relief Malaysia, Inc. All rights reserved.

QUICK DONATE