Monday February 3, 2025

Lembaga Pemegang Amanah Islamic Relief Malaysia hari ini mengumumkan hari terakhir perkhidmatan Mohd Shukor Tahir sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Islamic Relief Malaysia berkuat kuasa pada 31 Januari 2025.

Sejak menyertai Islamic Relief Malaysia pada 1 Februari 2023, Mohd Shukor telah memainkan peranan penting dalam memacu Islamic Relief Malaysia menjadi sebuah organisasi yang lebih kukuh dan berdaya tahan. Dedikasi beliau terhadap kecemerlangan operasi dan tadbir urus telah meletakkan Islamic Relief Malaysia dalam kalangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terbaik di Malaysia.

Semasa menerajui kepimpinan Islamic Relief Malaysia, Mohd Shukor telah menerima anugerah Productivity Champion bagi kategori Leader daripada Malaysia Productivity Corporation (MPC) pada tahun 2023. Pengiktirafan itu meningkatkan kredibiliti dan kepercayaan masyarakat terhadap usaha kemanusiaan yang dijalankan serta memberi impak yang besar kepada Islamic Relief Malaysia.

Lembaga Pemegang Amanah Islamic Relief Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kepimpinan, komitmen serta sumbangan beliau yang tidak ternilai kepada organisasi.

Sehingga pengumuman lanjut mengenai pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif baharu, sebarang urusan boleh dirujuk kepada Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Siti Fadilah Mohd Hood.

Dato’ Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Islamic Relief Malaysia

3 Februari 2025

Untuk Pertanyaan Media
Sebarang pertanyaan media atau permintaan maklumat lanjut berkaitan siaran ini, sila hubungi:

Unit Komunikasi Strategik Islamic Relief Malaysia
E-mel: Malaysia.Media@islamic-relief.org.my
Telefon: +6019-220 1788 atau +603-8926 3434

Penafian: Islamic Relief Malaysia tidak bergabung dengan mana-mana laman web luar. Islamic Relief Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap kandungan laman Internet luaran dan sebarang pautan dari laman web luar ke laman web ini yang bukan merupakan laman web Islamic Relief Malaysia. Hak cipta terpelihara. Setiap sumbangan dalam talian akan dikenakan caj sebanyak RM0.60 untuk pembayaran melalui Perbankan Internet. Setiap sumbangan tidak mendapat resit Pengecualian Cukai. Kami menghargai sokongan berterusan anda dan kami memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi.
© Copyright 2026 Islamic Relief Malaysia, Inc. All rights reserved.

QUICK DONATE