Tuesday October 1, 2024

KATHMANDU, 1 Okt — Hujan lebat yang turun pada penghujung September telah mengakibatkan kerosakan yang serius di seluruh Nepal, termasuk menyebabkan tanah runtuh dan banjir besar.

Beberapa daerah terjejas teruk dan memberi gangguan kepada kehidupan harian, pengangkuytan dan keselamatan awam di seluruh negara.

Setakat hari ini, laporan mengesahkan 217 maut manakala 143 orang lagi cedera dan 28 masih hilang. Pasukan penyelamat telah menyelamatkan lebih daripada 4,500 orang dan angka kematian dijangka terus meningkat apabila terutama di kawasan terpencil.

Lebih 7,600 keluarga, termasuk 2,100 rumah berhampiran sungai di Kathmandu dan Lalitpur, telah terjejas teruk.

Berdasarkan penilaian yang dilakukan, keperluan paling mendesak bagi keluarga di daerah Rautahat, Sarlahi, dan Mahottari adalah makanan dan barangan bukan makanan (NFI).

Lebih daripada 5,000 keluarga terperangkap di kawasan ini tanpa akses kepada tempat tinggal, air bersih, atau makanan.

Islamic Relief di Nepal bekerjasama dengan rakan NGO tempatan untuk memberikan bantuan kecemasan awal berupa kit makanan dan NFI kepada keluarga yang terjejas.

Penafian: Islamic Relief Malaysia tidak bergabung dengan mana-mana laman web luar. Islamic Relief Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap kandungan laman Internet luaran dan sebarang pautan dari laman web luar ke laman web ini yang bukan merupakan laman web Islamic Relief Malaysia. Hak cipta terpelihara. Setiap sumbangan dalam talian akan dikenakan caj sebanyak RM0.60 untuk pembayaran melalui Perbankan Internet. Setiap sumbangan tidak mendapat resit Pengecualian Cukai. Kami menghargai sokongan berterusan anda dan kami memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi.
© Copyright 2026 Islamic Relief Malaysia, Inc. All rights reserved.

QUICK DONATE