Monday February 17, 2025

Lembaga Pemegang Amanah Islamic Relief Malaysia dengan sukacitanya hari ini mengumumkan pelantikan Siti Fadilah Mohd Hood sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Islamic Relief Malaysia yang baharu berkuat kuasa 1 Februari 2025 bagi menggantikan Mohd Shukor Tahir yang telah menamatkan perkhidmatan pada 31 Januari 2025.

Siti Fadilah sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Islamic Relief Malaysia yang bertanggungjawab merancang, melaksana dan memantau pelaksanaan operasi organisasi.

Dengan pengalaman luas dalam bidang kemanusiaan dan kebajikan selama 18 tahun bersama Islamic Relief Malaysia, Siti Fadilah telah menunjukkan kepimpinan dalam aspek penjanaan dana, pemasaran, komunikasi, dan pembangunan program.

Berkelulusan Ijazah dalam jurusan Kejuruteraan Biokimia-Bioteknologi dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Siti Fadilah membuktikan kewibawaannya dalam memacu inisiatif kemanusiaan berimpak tinggi menerusi rekod prestasi yang cemerlang.

Sepanjang berkhidmat di Islamic Relief Malaysia, Siti Fadilah bersama pasukannya berjaya menjalankan beberapa kempen utama merangkumi program bermusim, kecemasan mahupun pembangunan mampan di dalam dan luar negara seperti Rezeki Ramadan, Palestine Appeal, Save Syria, MyYateem, Dana Wakaf Sistem Air, Kecemasan Lokal dan MySedekah di samping mewakili organisasi dalam kumpulan kerja global serta melaksanakan misi kemanusiaan di negara-negara seperti Somalia, Malawi, Bosnia and Herzegovina, Kosova, Turkiye, Jordan dan Bangladesh.

Kepakaran dan komitmen beliau terhadap misi Islamic Relief diyakini dapat memacu usaha organisasi di dalam menyediakan bantuan kemanusiaan yang berkualiti dan mampan.

Barisan Ahli Lembaga Pemegang Amanah, pengurusan tertinggi, dan seluruh warga kerja Islamic Relief Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan ini. Dengan kepimpinan dan pengalaman yang dimiliki, Islamic Relief Malaysia yakin Siti Fadilah akan terus memperkasakan organisasi dalam mencapai visi dan misi kemanusiaan yang diamanahkan.

Dato’ Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Islamic Relief Malaysia

17 Februari 2025

Untuk Pertanyaan Media
Sebarang pertanyaan media atau permintaan maklumat lanjut berkaitan siaran ini, sila hubungi:

Unit Komunikasi Strategik Islamic Relief Malaysia
E-mel: Malaysia.Media@islamic-relief.org.my
Telefon: +6019-220 1788 atau +603-8926 3434

Penafian: Islamic Relief Malaysia tidak bergabung dengan mana-mana laman web luar. Islamic Relief Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap kandungan laman Internet luaran dan sebarang pautan dari laman web luar ke laman web ini yang bukan merupakan laman web Islamic Relief Malaysia. Hak cipta terpelihara. Setiap sumbangan dalam talian akan dikenakan caj sebanyak RM0.60 untuk pembayaran melalui Perbankan Internet. Setiap sumbangan tidak mendapat resit Pengecualian Cukai. Kami menghargai sokongan berterusan anda dan kami memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi.
© Copyright 2026 Islamic Relief Malaysia, Inc. All rights reserved.

QUICK DONATE