Wednesday February 1, 2023

Lembaga Pemegang Amanah Islamic Relief Malaysia dan semua kakitangan dengan sukacitanya mengalukan pelantikan Mohd Shukor Tahir sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu bagi Islamic Relief Malaysia berkuat kuasa 1 Februari 2023.

Mohd Shukor berpengalaman luas selama lebih 25 tahun dan mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang antaranya sektor minyak dan gas, automotif, perundingan sumber manusia, pengurusan bakat serta pembelajaran dan pembangunan di pelbagai syarikat terkemuka seperti PETRONAS dan PROTON.

Beliau juga mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang mendalam dalam persekitaran domestik dan antarabangsa serta perniagaan melalui penglibatan dalam pelbagai projek, portfolio dan tugasan.

Seluruh barisan Ahli Lembaga Pemegang Amanah, pengurusan tertinggi dan warga kerja Islamic Relief Malaysia mengucapkan tahniah di atas pelantikan ini dan Islamic Relief Malaysia optimis dan percaya dengan pengalaman yang dimiliki, Mohd Shukor dapat memacu organisasi ke arah kecemerlangan selaras dengan visi dan misi Islamic Relief.

Prof. Dr. Azni Bin Idris

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Islamic Relief Malaysia

1 Februari 2023

Untuk Pertanyaan Media
Sebarang pertanyaan media atau permintaan maklumat lanjut berkaitan siaran ini, sila hubungi:

Unit Komunikasi Strategik Islamic Relief Malaysia
E-mel: Malaysia.Media@islamic-relief.org.my
Telefon: +6019-220 1788 atau +603-8926 3434

Penafian: Islamic Relief Malaysia tidak bergabung dengan mana-mana laman web luar. Islamic Relief Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap kandungan laman Internet luaran dan sebarang pautan dari laman web luar ke laman web ini yang bukan merupakan laman web Islamic Relief Malaysia. Hak cipta terpelihara. Setiap sumbangan dalam talian akan dikenakan caj sebanyak RM0.60 untuk pembayaran melalui Perbankan Internet. Setiap sumbangan tidak mendapat resit Pengecualian Cukai. Kami menghargai sokongan berterusan anda dan kami memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi.
© Copyright 2026 Islamic Relief Malaysia, Inc. All rights reserved.

QUICK DONATE