Browse the site and make a Donation Now!
Serangan udara terbaharu Israel yang mengorbankan banyak nyawa di Gaza termasuk orang awam, merupakan satu tindakan kejam yang tidak dapat diterima.
Kerajaan-kerajaan antarabangsa khususnya sekutu Israel mesti mengutuk serangan ini dengan tegas tanpa syarat! Pemimpin dunia perlu segera meningkatkan tekanan dan menuntut pemulihan semula perjanjian genjatan senjata.
Ratusan penduduk Gaza termasuk bayi dan kanak-kanak terbunuh dalam serangan paling dahsyat sejak genjatan senjata diumumkan pada Januari. Banyak mayat ditemui di bawah runtuhan, menjadikan angka korban terus meningkat sementara anggota badan yang terputus memenuhi ruang hospital yang semakin tidak mampu menampung jumlah pesakit.
Serangan ini berlaku di dalam bulan suci Ramadan, ketika ramai penduduk Gaza sedang beribadah atau menikmati juadah sahur. Tanpa sebarang amaran, ada juga yang dikejutkan oleh letupan bom yang meranapkan rumah atau tempat perlindungan mereka.
Dalam tindakan yang melanggar undang-undang antarabangsa secara jelas, penduduk Gaza bukan sahaja dibom, malah dibiarkan kebuluran setelah Israel menyekat semua bekalan makanan, ubat-ubatan, bahan api dan keperluan asas lain sejak 2 Mac sehingga meningkatkan kes kekurangan zat makanan dalam kalangan kanak-kanak.
Islamic Relief dan badan kemanusiaan lain terus menyalurkan bantuan setiap hari, namun usaha bantuan menjadi semakin sukar apabila sekatan berlanjutan.
Reaksi dingin daripada sekutu Israel terhadap pelanggaran undang-undang antarabangsa berulang kali, menjadikan mereka bersubahat dalam jenayah ini.
Kami menggesa, kerajaan-kerajaan antarabangsa untuk menggunakan segala pengaruh politik dan ekonomi mereka untuk menamatkan semua penjualan senjata dan menggantung perjanjian perdagangan bagi memastikan Israel dipertanggungjawabkan serta menguatkuasakan genjatan senjata secara berperingkat dan membenarkan kemasukan bekalan yang mencukupi ke Gaza.
Kini, penduduk Gaza semakin bimbang bahawa serangan darat yang lebih dahsyat mungkin berlaku dalam beberapa hari akan datang. Tentera Israel sekali lagi mengarahkan penduduk Gaza meninggalkan kediaman mereka di beberapa bahagian utara dan timur Gaza dan bergerak ke tengah wilayah itu. Tindakan itu mengulangi arahan pemindahan paksa yang telah dilakukan berulang kali sepanjang tahun lalu sehingga mengakibatkan mereka terkepung dalam kawasan yang semakin padat tanpa bantuan kemanusiaan yang mencukupi dan terdedah kepada serangan udara yang berterusan.
Untuk Pertanyaan MediaSebarang pertanyaan media atau permintaan maklumat lanjut berkaitan siaran ini, sila hubungi:
Unit Komunikasi Strategik Islamic Relief MalaysiaE-mel: Malaysia.Media@islamic-relief.org.myTelefon: +6019-220 1788 atau +603-8926 3434