Monday June 15, 2020

Selain meraikan sambutan Syawal penuh kesyukuran pada setiap tahun, umat Islam di seluruh dunia juga pasti ternanti-nanti kehadiran bulan Zulhijjah di mana di dalamnya terkandung satu ibadah agung yang telah disyariatkan sejak tahun kedua hijrah iaitu ibadah korban. Ia merupakan ibadah yang sangat dituntut di dalam Islam dan bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Sehubungan itu, pada 1 Jun 2020 lalu, Islamic Relief Malaysia telah melancarkan kempen Qurbani Untukmu bagi memudahkan dan membuka peluang kepada masyarakat untuk melaksanakan ibadah korban melalui Islamic Relief Malaysia.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Islamic Relief Malaysia, Zairulshahfuddin Zainal Abidin, pihaknya membuka penyertaan sebanyak 1,030 bahagian korban melibatkan 31 buah negara dengan sasaran dana sebanyak RM500,000.

“Seperti tahun-tahun sebelum ini, Islamic Relief secara global meneruskan program bermusim ini bagi membantu golongan sasar yang berbeza dari pejabat-pejabat lapangan kita di seluruh dunia termasuk Somalia, Filipina, Albania, Palestin dan Syria.

“Kita perlu sedar bahawa tidak semua insan berpeluang menikmati daging korban seperti kita, bahkan ada di antara mereka yang hanya merasai daging korban setahun sekali sahaja.

“Kerana itulah, saya ingin menyeru kepada anda semua untuk menyertai kempen Qurbani Untukmu ini agar golongan sasar seperti ibu tunggal, anak yatim, warga emas, fakir miskin, Orang Kelainan Upaya (OKU), pesakit kronik dan para pelarian mendapat peluang yang sama untuk merasai daging korban,” kata Zairulshahfuddin.

Katanya lagi, orang ramai yang ingin melaksanakan ibadah korban bersama Islamic Relief Malaysia boleh terus ke laman sesawang; www.islamic-relief.org.my untuk membuat pendaftaran. Harga bagi setiap penyertaan bahagian korban berbeza mengikut negara bermula daripada RM320 sehingga RM1,500.

Qurbani Untukmu

 Untuk tahun 2020, lebih 3 juta penerima manfaat di seluruh dunia disasarkan bakal menerima sumbangan daging korban melibatkan 170,000 bahagian korban.

Melalui penyertaan bersama Islamic Relief Malaysia, sebanyak 1,030 bahagian korban akan diagihkan kepada penerima manfaat di 31 buah negara termasuk Malaysia.

Pakej Qurbani Untukmu yang disediakan adalah seperti berikut:

Kumpulan

Harga

Negara

A

RM320

Chad, Niger, Mali, Malawi.

B

RM430

Somalia, Kenya, Sri Lanka, Ethiopia, Nepal.

C

RM580

Bangladesh (rakyat tempatan & pelarian Rohingya),

Afghanistan, Pakistan.

D

RM750

Malaysia, Sudan Selatan, Chechnya, Sudan, Filipina, India.

E

RM1,000

Yaman, Kosova, Myanmar, Afrika Selatan, Albania.

F

RM1,200

Bosnia, Macedonia, Jordan, Indonesia, Lebanon.

G

RM1,500

Syria, Syria-Turki, Palestin (Gaza)

Sedekah Qurban

Serendah RM10

Sumbangan untuk kos operasi dan pelaksaan ibadah korban.

Untuk Pertanyaan Media
Sebarang pertanyaan media atau permintaan maklumat lanjut berkaitan siaran ini, sila hubungi:

Unit Komunikasi Strategik Islamic Relief Malaysia
E-mel: Malaysia.Media@islamic-relief.org.my
Telefon: +6019-220 1788 atau +603-8926 3434

Penafian: Islamic Relief Malaysia tidak bergabung dengan mana-mana laman web luar. Islamic Relief Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap kandungan laman Internet luaran dan sebarang pautan dari laman web luar ke laman web ini yang bukan merupakan laman web Islamic Relief Malaysia. Hak cipta terpelihara. Setiap sumbangan dalam talian akan dikenakan caj sebanyak RM0.60 untuk pembayaran melalui Perbankan Internet. Setiap sumbangan tidak mendapat resit Pengecualian Cukai. Kami menghargai sokongan berterusan anda dan kami memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi.
© Copyright 2026 Islamic Relief Malaysia, Inc. All rights reserved.

QUICK DONATE