Browse the site and make a Donation Now!
Meneruskan projek bermusim yang dilaksanakan setiap tahun, Islamic Relief Malaysia hari ini melancarkan kempen Rezeki Ramadan dengan slogan #gandakanpahala bertujuan untuk mengumpul dana sebanyak RM2.4 juta bagi membantu golongan rentan menyambut bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi.
Ketua Pegawai Eksekutif Islamic Relief Malaysia, Zairulshahfuddin Zainal Abidin berkata pihaknya bersedia untuk menyalurkan bantuan tersebut walaupun berhadapan dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan Covid-19.
“Secara keseluruhan, projek bantuan pek makanan semasa bulan Ramadan ini bukan sahaja dilaksanakan di dalam Malaysia tetapi juga di negara-negara lain di mana Islamic Relief beroperasi.
“Memberi makan kepada insan lain yang berpuasa adalah sesuatu yang amat digalakkan dalam Islam. Justeru, kempen Rezeki Ramadan ini membuka peluang kepada masyarakat untuk sama-sama membantu golongan memerlukan meringankan beban mereka di bulan Ramadan kelak.
“Tambahan pula, kebanyakan daripada golongan sasaran ini adalah mereka yang amat terjejas dari segi pendapatan dan keadaan ekonomi keluarga mereka, kesan daripada pandemik Covid-19,” jelas Zairulshahfuddin.
Bagi Islamic Relief, kempen Ramadan menjadi kempen yang sangat ditunggu-tunggu oleh orang ramai memandangkan masyarakat berlumba-lumba untuk membuat sumbangan bagi mengejar pahala berganda.
“Tahun ini, melalui penyertaan bersama Islamic Relief Malaysia, kami menyasarkan bantuan sebanyak 12,000 pek makanan di mana 6,000 pek akan diagihkan di Malaysia manakala 6,000 lagi akan diagihkan di 31 buah negara termasuk Syria, Yaman, Somalia, Indonesia, Bangladesh dan lain-lain.
“Manakala untuk keseluruhan operasi Islamic Relief di peringkat global, sebanyak 217,631 pek makanan disasarkan bagi membantu lebih daripada 1 juta penerima manfaat di 32 buah negara.”
Menurut Zairulshahfuddin lagi, negara-negara yang bakal menerima pek bantuan makanan itu memenuhi kriteria tertentu seperti; negara yang mempunyai populasi yang tinggi dan mengalami ancaman nutrisi dan makanan, negara yang menghadapi kemelesetan ekonomi dan menampung jumlah penduduk yang tinggi, tinggal di bawah paras kemiskinan dan juga negara yang mengalami krisis kemanusiaan yang berterusan.
Bagi kempen Rezeki Ramadan #gandakanpahala yang bermula 1 Februari sehingga 12 Mei 2021 ini, Islamic Relief Malaysia menyediakan tiga pakej sumbangan seperti maklumat berikut:
Ramadan
Myanmar), Chechnya, India, Lubnan, Nepal, Bosnia, Afrika Selatan, Tunisia, Albania, Kosova, Malawi, Jordan
Macedonia, Mali, Palestin (Gaza), Sepanyol, Turki, Afghanistan, Sudan Selatan, Somalia, Yaman
Orang ramai yang ingin menyumbang untuk pakej bantuan pek makanan Rezeki Ramadan #gandakanpahala boleh berbuat demikian di laman sesawang www.islamic-relief.org.my atau hubungi 03-8926 3434 untuk maklumat lanjut.
Projek bantuan pek makanan Ramadan merupakan program bermusim yang dilaksanakan oleh Islamic Relief dalam menyediakan makanan asas kepada penerima manfaat daripada pelbagai negara untuk bekalan sepanjang bulan Ramadan. Ia meliputi makanan asas seperti beras, tepung, jagung, pasta, bijirin, kekacang, daging dalam tin, minyak masak, gula, uncang teh, dan kurma mengikut keperluan asas negara masing-masing.
Pada tahun 2020, Islamic Relief secara global telah mengagihkan sebanyak 164,824 pek makanan yang memberi manfaat kepada lebih 900 ribu individu di 30 buah negara dan untuk agihan di dalam negara, Islamic Relief Malaysia telah mengagihkan sebanyak 5,722 pek makanan di beberapa buah negeri.
Untuk Pertanyaan MediaSebarang pertanyaan media atau permintaan maklumat lanjut berkaitan siaran ini, sila hubungi:
Unit Komunikasi Strategik Islamic Relief MalaysiaE-mel: Malaysia.Media@islamic-relief.org.myTelefon: +6019-220 1788 atau +603-8926 3434