Impak Sumbangan Anda

Setiap sumbangan yang anda hulurkan membawa harapan baharu kepada individu, keluarga dan komuniti yang memerlukan. Dengan sokongan para penyumbang, Islamic Relief Malaysia dapat menyalurkan bantuan kecemasan ketika bencana, menyediakan akses kepada air bersih, membantu pendidikan kanak-kanak, menyokong keluarga rentan serta melaksanakan pelbagai program pembangunan komuniti di Malaysia dan seluruh dunia.

Kami percaya setiap ringgit yang disumbangkan mampu mencipta perubahan yang berkekalan. Melalui kerjasama dengan rangkaian global Islamic Relief, setiap projek dilaksanakan secara telus, berkesan dan berlandaskan keperluan sebenar penerima manfaat.

Impak Sumbangan di Malaysia

Impak Sumbangan di Luar Negara

Bersama Mencipta Perubahan

Impak daripada sumbangan yang diberikan membuahkan kisah-kisah kehidupan yang indah. Derita berubah menjadi gembira. Apapun bantuan yang diberikan seperti menyediakan makanan kepada keluarga yang kelaparan, membina sumber air bersih, menaja pendidikan anak yatim hinggalah membantu komuniti bangkit selepas bencana, setiap sumbangan anda menjadi sebahagian daripada usaha membina masa depan yang lebih baik.

Teruskan bersama Islamic Relief Malaysia dalam menyebarkan kebaikan dan membawa harapan kepada mereka yang paling memerlukan.

Penafian: Islamic Relief Malaysia tidak bergabung dengan mana-mana laman web luar. Islamic Relief Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap kandungan laman Internet luaran dan sebarang pautan dari laman web luar ke laman web ini yang bukan merupakan laman web Islamic Relief Malaysia. Hak cipta terpelihara. Setiap sumbangan dalam talian akan dikenakan caj sebanyak RM0.60 untuk pembayaran melalui Perbankan Internet. Setiap sumbangan tidak mendapat resit Pengecualian Cukai. Kami menghargai sokongan berterusan anda dan kami memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi.
© Copyright 2026 Islamic Relief Malaysia, Inc. All rights reserved.

QUICK DONATE